Zizi Kirana Risau Kena Sedia 10 Hidangan Untuk Suami Di Tahun Pertama Berpuasa Sebagai Isteri

Zizi Kirana Risau Kena Sedia 10 Hidangan Untuk Suami Di Tahun Pertama Berpuasa Sebagai Isteri

TAHUN pertama berpuasa sebagai seorang isteri, penyanyi Zizi Kirana akui bimbang tidak dapat menyediakan juadah yang terbaik buat suami waktu bersahur dan berbuka.

Bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, berasa lega apabila suaminya Yusuf Bahrin bukanlah seorang lelaki yang cerewet

“Beberapa minggu sebelum puasa saya sudah mula risau. Adakah perlu sediakan 10 juadah berbuka dan bersahur untuk suami?

“Seminggu sebelum puasa, suami beritahu dia seorang yang simple dan hanya ambil makanan ringan seperti roti ketika bersahur.

“Lega juga rasanya kerana tidak perlu terlalu fikir bab makanan. Tetapi saya akan pastikan sentiasa menjaga makanan suami kerana itu tugas isteri,” katanya kepada mStar.

Bercakap tentang pilihan lokasi dan juadah berbuka, kata Zizi, dia lebih senang memasak di rumah dan hanya membeli sedikit juadah tambahan untuk berbuka.

Disebabkan dua tahun terbiasa berbuka di rumah sebelum ini akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zizi akui masih ada rasa ragu-ragu untuk ke tempat yang ramai orang.

“Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang. Mungkin sudah biasa tidak bersesak seperti sebelum ini.

“Jadi saya lebih selesa di rumah. Keluar hanya jika perlu sahaja,” ujarnya.

Ramadan tahun ini juga dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tingkatkan amal ibadah selain mahu memberi fokus kepada pengurusan keluarga.

Disebabkan itu Zizi sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan kerjayanya agar tidak menerima terlalu banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan.

“Sebelum Ramadan saya sudah beritahu pengurus supaya tidak mengambil terlalu banyak kerja. Inilah masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan melakukan ibadah.

“Kita tidak tahu adakah akan bertemu dalam Ramadan akan datang, jadi manfaat peluang ini untuk melakukan lebih banyak kebaikan,” jelasnya.

Untuk rekod Zizi dan Yusuf bernikah pada 19 September tahun lalu di Kuala Lumpur-mSTAR

Zizi Kirana Risau Kena Sedia 10 Hidangan Untuk Suami Di Tahun Pertama Berpuasa Sebagai Isteri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker