10 Bazar Ramadan Popular Di Lembah Klang… Mana Satu Rasa Nak Pergi?

10 Bazar Ramadan Popular Di Lembah Klang… Mana Satu Rasa Nak Pergi?

SELEPAS seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa, kemeriahan orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan nampaknya cukup meriah.

Apatah lagi sudah dua tahun rakyat Malaysia terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1. Seksyen 13, Shah Alam

Siapa yang tidak tahu tentang bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam, bukan? Menawarkan pelbagai jenis hidangan, anda pasti rambang mata!

Bazar ini juga turut menjadi perhatian masyarakat bukan Islam yang turut ingin merasai kemeriahan Ramadan dan mencari makanan seperti tepung pelita, akok, nasi ayam berempah, kambing bakar, ayam golek, pasta, laksa dan sebagainya!

Jangan risau, di bazar ini terdapat tapak meletak kenderaan yang luas, teratur dan selamat. Memudahkan orang ramai berkunjung ke sini.

Alamat: Tapak Pakir E1, E2, Stadium Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor

2. Taman Melawati

Bazar Ramadan Taman Melawati yang diadakan di sebuah tapak tempat letak kereta ini merupakan salah satu bazaar terbesar di Lembah Klang.

Sebut sahaja menu yang anda mahukan, segala-galanya daripada kuih muih sehinggalah kepada roti bom, ayam percik, nasi lemak, tauhu bakar, pasta dan sebagainya ada di sini. Antara menu paling dicari di bazar ini ialah nasi kerabu.

Alamat: Bazar Melawati, Jalan Negara, Taman Melawati, Selangor.

3. USJ 4, Subang Jaya

Bazar Ramadan USJ 4 mempunyai jumlah gerai yang menepati semua citarasa berbuka puasa anda. Selain itu, aroma ikan bakar yang menyapa anda ketika memasuki bazar pasti akan menggamit selera.

Jika anda sedang mencari lauk-pauk untuk disajikan bersama hidangan nasi, terdapat banyak pilihan di sini untuk dicuba!

Alamat: Jalan USJ 4/5, USJ 4, 47600 Subang Jaya, Selangor.

4. SS6/1, Kelana Jaya

Bazar Ramadan SS6/1, Kelana Jaya terkenal dengan pelbagai jenis gerainya. Antara hidangan yang paling popular dan diperkatakan termasuklah nasi ambeng yang disertakan dengan ayam goreng, ayam soya atau rendang daging.

Selain daripada Nasi Ambeng, sambal ikan cencaru, ayam percik, laksa Penang, sate, kebab, menu panggang, makanan Cina dan India halal, serta hidangan pencuci mulut tempatan turut ada di sni.

Terdapat juga pelbagai gerai minuman seperti jus tembikai yang akan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Alamat: Jalan SS 6/1, SS5, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

5. Greenwood, Gombak

Bazar Ramadan yang terletak di Greenwood, Gombak ini juga menjadi kawasan pilihan mereka yang ingin merasai keunikan hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Antara pilihan yang ada ialah popia basah, nasi kerabu, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai jenis kuih muih kegemaran anda.

Alamat: Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor.

6. Bandar Baru Selayang

Walaupun ada hidangan nasi yang mengenyangkan, anda juga harus nikmati hidangan pencuci mulut yang ditawarkan di bazar Ramadan Bandar Baru Selayang. Selain itu, hidangan ringan seperti apam balik, kuih-muih dan churros turut dijual di sini.

Alamat: Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

7. Simpang 4, Klang

Bazar Ramadan Simpang 4, Klang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana orang ramai dari segenap kawasan sanggup memandu ke sini bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Bukan apa, mereka sudah sedia maklum dengan keenakan makanan dan minuman yang dijual di sini. Selain itu, kesabaran juga penting kerana juadah-juadah disini dikatakan laris sehingga perlu beratur panjang. Namun pasti ia berbaloi!

Address: Teluk Pulai (Simpang Empat) 41250 Klang, Selangor.

8. Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Terdapat beberapa bazar Ramadan di Bangi yang boleh anda kunjungi. Salah satu yang paling terkenal terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Ada banyak pilihan makanan dan minuman di sini, tetapi antara yang paling digemari ramai ialah nasi kerabu, ayam golek, dan popia basah.

Alamat: Seksyen 7 (Jln 7/7 B) 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

9. Seksyen 17/1A, Petaling Jaya

Anda pasti akan berasa seronok mengunjungi bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Petaling Jaya jika anda tidak pasti untuk berbuka dengan menu apa pada bulan puasa. Juadah seperti roti john, ayam claypot, dan kuih tepung pelita antara juadah yang banyak boleh didapati di bazar ini. Pilih sahaja dari gerai mana!

Alamat: 92, Jalan 17/1A, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.

10. TTDI Grove

Bazar Ramadan TTDI tidak asing lagi bagi warga kota yang ingin mencari juadah lazat seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang dan pulut udang. Ini kerana makanan yang dijual adalah berkualiti dan harganya juga berpatutan. Selain itu, lokasi bazar ini yang strategik juga menjadi salah satu nilai-tambah pada bazar ini.

Alamat: Jalan TTI Grove, 43000, Kajang, Selangor.

10 Bazar Ramadan Popular Di Lembah Klang… Mana Satu Rasa Nak Pergi?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker