Penulis ‘hina nabi’ akan dibebaskan petang ini

Penulis ‘hina nabi’ akan dibebaskan petang ini

Polis terpaksa membebaskan penulis Uthaya Sankar SB – yang didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada Nabi Muhammad – selepas gagal mendapatkan perintah tahanan reman.

Peguamnya Uthaya, Rajsurian Pillai berkata majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalid menolak permohonan polis untuk mendapatkan tahanan reman selama empat hari.



Permohonan tahanan reman itu didengar di ibu pejabat polis Dang Wangi, pagi ini, tempat dia ditahan.

“Polis cuba dapatkan perintah tahanan reman selama empat hari, namun dibantah oleh saya dan majistret hanya bagi sehari dan akan dibebaskan petang ini, jam enam petang,” kata Rajsurian kepada Malaysiakini.


Peguam, keluarga dan kenalan Uthaya

Polis semalam mengambil Uthaya di rumahnya di Shah Alam bagi membantu siasatan terhadap tulisan di media sosialnya yang mengaitkan isu poligami dengan sunah, pada 7 April.



Dia berkata demikian ketika mengulas laporan yang memetik Iman Zulkarnain sebagai serik berpoligami dan berpesan kepada kaum lelaki agar “tidak mencari penyakit”.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata siasatan dijalankan bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkaitan menyebabkan – atas alasan agama – suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.



Terdahulu Uthaya dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dikatakan berhubung hantaran yang dimuat naik di media sosialnya. MK

Penulis ‘hina nabi’ akan dibebaskan petang ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3



Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker