Lompat parti, Hadi suruh baiah

PAS berpendapat pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antilompat Parti tidak perlu dibuat secara tergopoh-gapah.

Malah presidennya, Abdul Hadi Awang, berkata PAS mempunyai cara tersendiri untuk menangani isu wakil rakyatnya melompat parti itu dan berjaya mengatasinya sejak 1960-an.

Bercakap kepada media di Marang, Terengganu, Abdul Hadi berkata PAS mengelakkan tindakan ahli politiknya melompat parti melalui baiah.

“Kita menghadapi masalah ini (lompat parti) sejak tahun 1959. Mereka ini (sekarang) baru lagi dalam politik. PAS menghadapi lompat parti ini dari tahun 1959 lagi di Kelantan, Terengganu.

“Bahkan, tahun 1960 kerajaan kita jatuh kerana lompat parti.

“Kita bukan baru dan kita tangani masalah ini sudah lama, dengan sebab itu PAS sebut dalam sumpah baiah,” katanya.

Pun begitu Abdul Hadi mengakui akta antilompat parti tetap perlu diwujudkan, cuma perlukan penelitian lebih lanjut dan tidak perlu gopoh.

Kena ada huraian lanjut

Malah kata ahli parlimen Marang itu, PAS sendiri mengambil pendirian untuk tidak gopoh menguruskan akta tersebut.

“Kita kena sedar bahawa lompat parti ini ada sebab-sebab.

“Kalau sebab-sebab itu betul, kita tidak boleh tolak. Kalau sebab-sebab itu salah baru kita tolak,” katanya seperti dilaporkan harakahdaily hari ini.

Kelmarin, Malaysiakini yang memetik sumber yang melaporkan kerajaan tidak akan meneruskan rancangan membentang dan meluluskan RUU bagi meminda perlembagaan untuk menghalang ahli parlimen melompat parti.

Beberapa sumber yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu Malaysiakini, kabinet sebaliknya memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan “antilompat” diluluskan pada masa akan datang.

Menurut sumber, sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini bagaimanapun dijangka akan diteruskan seperti dirancang.

Kerajaan telah memberi taklimat beberapa kali kepada ahli parlimen berkenaan kandungan RUU tersebut dan mendapatkan maklum balas mereka. Namun perincian RUU tersebut belum dimaklumkan sepenuhnya.

Abdul Hadi berkata RUU itu memerlukan penelitian sewajarnya dan perlu kepada pentafsiran yang jelas.

“Ini kerana perjuangan kita (PAS) untuk selamatkan rakyat bukan selamatkan diri.

“Jika parti itu tidak betul, takkan dia nak ikut parti itu lagi termasuklah parti PAS pun.

“Kalau parti PAS ubah dasar ia, orang PAS tak boleh ikut. Dengan sebab itu kena adalah huraian-huraian dia, tak boleh buat mudah-mudah sahaja,” jelas Abdul Hadi lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker