Polis kata peluang temui tiga lagi penyelam dalam keadaan selamat tinggi

MERSING – Peluang menemukan tiga lagi penyelam warga asing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, di sini, dalam keadaan selamat adalah tinggi, kata Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman ketiga-tiga penyelam itu iaitu Adrian Peter, 46, yang merupakan warga Britain dan anak lelakinya Nathen Renze, 14, warga Belanda serta warga Perancis Alexia Alexandra,18, selain mereka juga masih memiliki peralatan dan kelengkapan selam sebelum dilaporkan hilang.

“Mengikut keterangan yang diberikan mangsa (yang selamat) tadi, ketiga-tiga mangsa yang lain berjaya timbul (ketika kursus selaman dilakukan).

“Oleh itu, kita percaya peluang untuk temukan mereka dalam keadaan hidup (selamat) adalah amat besar berdasarkan pengalaman yang mereka ada berserta mempunyai peralatan dan kelengkapan selam,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing di sini hari ini.

Identiti empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini telah dikenal pasti. Kesemua mangsa merupakan Kristine Grodem, 35, (atas kiri) yang merupakan jurulatih selam warganegara Norway; Alexia Alexandra, 18, (atas kanan) warga Perancis; Adrian Peter, 46, (bawah kiri) warga British dan anaknya, Nathen Renze, 14, warga Belanda. – Foto Bernama
Cyril berkata, ketiga-tiga mangsa juga merupakan penyelam berpengalaman dan mempunyai rekod lebih 50 selaman dan sedang menjalani kursus latihan untuk Advanced Open Waters.

Bagaimanapun, beliau bimbang terdapat faktor lain dikhuatiri boleh menghalang usaha menyelamatkan mangsa termasuk keadaan semasa cuaca selain keadaan yang berpotensi menjejaskan penyelam seperti dehidrasi dan hipotermia.

Terdahulu, jurulatih selam Kristine Grodem, 35, dari Norway ditemukan selamat selepas hanyut 30 batu nautika dari lokasi kejadian oleh sebuah bot tunda pada 8.15 pagi tadi.

Cyril berkata, hasil siasatan terhadap Grodem mendapati jurulatih selam itu dan ketiga-tiga penyelam berkenaan membuat selaman pertama selama 45 minit sebelum timbul di permukaan.

“Pada selaman kedua, mereka naik (timbul) selepas 20 minit. Grodem kemudian menyedari arus kuat dan cuba memanggil tekong tetapi tidak didengari memandangkan mereka hanyut jauh kira-kira 500 meter dari lokasi bot berada,” katanya.

Grodem kemudian cuba berenang ke Pulau Lima untuk meminta bantuan namun arus kuat menghalang wanita itu ke sana selain turut memisahkan dia dengan tiga penyelam lain.

“Jurulatih ini terapung di permukaan laut dengan kelengkapan menyelam sejak 12 tengah hari semalam sebelum diselamatkan hari ini,” katanya.

Op Carilamat hari ini membabitkan 90 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dengan menggunakan 18 bot dan dua helikopter. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker