Dasar Al-Wasatiyyah Universiti Al-Azhar Selari Dengan Konsep Keluarga Malaysia – PM
Dasar Al-Wasatiyyah Universiti Al-Azhar Selari Dengan Konsep Keluarga Malaysia – PM
Konsep Al-Wasatiyyah atau kesederhanaan yang didukung Universiti Al-Azhar, terbukti berjaya mendepani cabaran pemikiran ekstremisme dan keganasan yang boleh meruntuhkan negara serta merugikan umat Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konsep itu selari dengan konsep Keluarga Malaysia, yang bersifat inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.
“Berdirinya institusi keilmuan Islam di dunia khususnya di Malaysia, hakikatnya adalah kerana menggunakan kurikulum pendidikan yang diasaskan oleh Manhaj Universiti Al-Azhar terdahulu yang ke hadapan dalam arena pendidikan atau Tarbiyyah Islamiah.
“Semuanya menggunakan Manhaj Al-Azhar yang terbukti dapat menjaga akidah Ahli Sunah Wal Jamaah daripada beberapa fahaman seperti Khawarij, Muktazilah, Syiah, Salafi, Zahiriyyah, Batiniyyah, Takfiriyyah, Liberalisme, Pluralisme dan beberapa fahaman yang muncul pasca modenisme kini.
“Aliran-aliran berkenaan itu adalah dihadapi dengan ilmu, mantiq dan kaedah ilmiah yang mantap dengan satu gagasan “menghadapi fikiran dengan fikiran”. Al-Azhar menolak sama sekali aliran kafir mengkafir yang dianggap menjadi punca pecah belah sesama Islam, yang sekali gus menyekat pembangunan ummah,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian melalui perutusan dalam talian yang disiarkan sempena sambutan Hari Sedunia Al-Azhar, Asy-Syarif, serta ulang tahun Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) ke-10, yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini pada Khamis.
Majlis diserikan dengan kehadiran Presiden WOAG Malaysia Prof Datuk Mohd Fakhrudin Abdul Mukti; Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad; serta Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.
Selain itu, perutusan dalam talian Syeikh Al-Azhar, al-Imam al-Akbar Prof Mohamed Ahmed Mohamed Al-Tayyeb turut disampaikan oleh Rektor Universiti Al-Azhar, Prof Mohamed Husin al-Mahrasawy.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kecemerlangan yang ada pada Al-Azhar, guru yang hebat keilmuannya, kurikulum pendidikan yang bersepadu dan Manhaj Wasatiyyah Al-Azhar, sewajarnya dimanfaatkan oleh umat Islam di Malaysia dalam membina generasi berilmu yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Beliau berkata, Al-Azhar sebuah institusi islam yang terulung dan tertua di dunia dengan barisan para ulamanya yang muktabar dan bertaraf dunia.
“Kealiman dan kesepaduan ilmu para ulama’ Al-Azhar menjadikan para penuntut Al-Azhar berpeluang menadah dan mendalami ilmu-ilmu agama dengan penuh adab dan tertib. Kedudukan ini menarik kedatangan para penuntut ilmu dari seluruh pelusuk dunia, khususnya dari negara kita Malaysia untuk menimba ilmu di Rihab Universiti Al-Azhar yang tersohor ini.
“Kehadiran para pelajar Melayu ke Mesir khususnya di Al-Azhar telah direkodkan bahawa orang Melayu pertama yang pernah menuntut di Al-Azhar ialah Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Al-Fathani (seorang ulama Melayu yang terkenal di nusantara dan Makkah) iaitu pada awal 1870-an,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, di Malaysia para lepasan Al-Azhar seterusnya telah membentuk suatu jaringan dan hubungan yang berterusan antara Al-Azhar dan alumninya di mana mereka diamanahkan untuk membawa Risalah Al-Azhar “Ummatan Wasata” atau “Wasatiyyah” dalam melaksanakan tugas mulia selaku ulama sebagai “Warathatul Anbiya’.
Hubungan dan jaringan itu, kata Perdana Menteri, dapat memberi faedah kepada agenda dakwah Islamiah, pemerkasaaan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan sebagai jaringan strategik kepada Kerajaan Malaysia bagi kepentingan agama, negara dan ummah.-AA
Dasar Al-Wasatiyyah Universiti Al-Azhar Selari Dengan Konsep Keluarga Malaysia – PM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir
- Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta?
- Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi
- Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini
- Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat
- Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ
- Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video)
- Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video)
- PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN
- Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
- “Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka
- PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim
You must be logged in to post a comment.