Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!

Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!

PERUT kembung sering terjadi apabila seseorang lambat makan sehingga menyebabkan perut dikatakan ‘masuk angin’.

Tetapi sebenarnya, itu bukan sahaja alasan kepada masalah itu sebaliknya pengambilan makanan tertentu juga boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa.

Terdapat pelbagai makanan yang boleh memicu keadaan itu dan sebaik-baiknya menukar diet dan lebih selektif terhadap makanan yang diambil.

Berikut adalah lima jenis makanan yang boleh menyebabkan masalah kembung perut seperti dikongsi pakar pemakanan Beth Czerwony kepada Cleveland Clinic.

1. Produk tenusu

Susu boleh menyebabkan perut menjadi kembung bagi golongan yang tidak mampu menghadam laktosa yang menyebabkan masalah intoleransi laktoksa.

Bagi mengelak perut kembung, ada baiknya hindari produk tenusu yang lain seperti mentega, keju, ais krim dan yogurt.

2. Sayuran cruciferous

Sayuran cruciferous terdiri daripada brokoli, kobis dan bunga kobis dapat menyebabkan perut kembung. Jadi untuk mengatasinya masaklah dulu sayuran-sayuran tersebut agar lebih mudah dicerna di dalam perut. Jika tidak, cubalah untuk makan sayuran lain seperti bayam, zucchini, timun, dan asparagus.

3. Epal dan pir

Gula atau fruktosa yang membuatkan buah-buahan berasa lebih enak tetapi sebenarnya sukar untuk dihadam dan menyebabkan perut menjadi kembung.

Epal dan pir mengandungi serat yang sukar diproses jika kulitnya turut dimakan bersama. Untuk itu, sebaik-baiknya kupas kulitnya terlebih dahulu atau makan buah-buahan lain seperti pisang, beri, dan oren.

4. Pemanis tiruan

Tubuh manusia sebenarnya dibekalkan dengan kemampuan untuk mencernakan makanan daripada sumber semula jadi. Bagaimanapun, apabila berkaitan makanan yang mengandungi pemanis tiruan, ia menyukarkan proses pencernaan dan menyebabkan perut menjadi kembung.

5. Makanan berlemak

Makanan tinggi lemak yang telah digoreng memerlukan masa lebih panjang untuk dicerna dalam perut. Itulah sebabnya seseorang berasa kenyang lebih cepat apabila makan makanan berlemak.

Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker