Muhyiddin ‘terdesak’ hulur tangan pada Pejuang walaupun pernah khianat
Pengnalisis politik menyifatkan tindakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menghulurkan tangan kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) seperti yang didakwa pengasasnya Dr Mahathir Mohamad, adalah situasi paling terdesak untuk Perikatan Nasional (PN).
Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia menjelaskan jika diteliti, amat sukar PN untuk diterima oleh mana-mana parti pembangkang berikutan pengkhianatan yang telah dilakukan sebelum ini.
“Bercakap tentang terdesak atau tidak terdesak, jadi bila Tan Sri Muhyiddin hulur tangan kepada Pejuang, ini adalah menunjukkan situasi paling terdesak bagi PN sehinggakan mereka dah tahu tawaran itu akan ditolak tapi tetap menghulurkan tangan.
“Jadi menunjukkan manifestasi keadaan seseorang yang terdesak selalunya tidak dapat berfikir dengan rasional,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai tindakan Muhyiddin yang bertemu dengan Mahathir untuk meraih sokongan untuk kembali menjadi perdana menteri.
Penganalisis sosio politik dari Universiti Malaya Prof Awang Azman Awang Pawi (gambar, bawah) pula menyarankan supaya Bersatu menggunakan masa yang ada untuk memperkukuhkan kerjasamanya dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.
“Lebih baik Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan masa yang ada untuk menguatkan kedudukan hubungan dengan PAS dan memastikan akar umbi PAS dan Bersatu menjadi lebih kuat dan menyediakan diri bersiap sedia untuk PRU.
“Lebih-lebih lagi pemimpin Umno yang pro-Bersatu kini semakin senyap apabila didedahkan oleh Tun Mahathir bahawa Muhyiddin berjumpa dengan beliau – mahu kembali menjadi perdana menteri dan mahu bekerjasama dengan Tun.
“Warisan dan PKR juga didekati oleh Muhyiddin,” katanya.
Pada 1 April, Mahathir mendakwa Muhyiddin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.
Menurut pengerusi Pejuang itu dia tidak tahu mengapa Muhyiddin meminta sokongannya.
Pun begitu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengeluarkan kenyataan berbeza, mendakwa komunikasi antara Muhyiddin dengan Mahathir dimulakan oleh ahli parlimen Langkawi itu.
Hairan kenapa Muhyiddin hulur tangan
Mengulas lanjut, Azmi turut menyoal tujuan Muhyiddin menghulurkan tangan kepada Pejuang memandangkan parti itu tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam pilihan raya negeri Johor baru-baru ini.
“Saya pun hairan kenapa dia hulurkan tangan kepada Pejuang. Pertama, Pejuang itu tiada apa yang boleh mereka sumbangkan, kalau melihat keputusan PRN Johor.
“Tapi hakikatnya adalah tertubuhnya Pejuang kerana angkara Muhyiddin.
“Jadi saya tak pasti siapa yang memberi nasihat kepada Muhyiddin supaya menghulurkan tangan kepada Pejuang kerana sudah pasti Pejuang akan menolak Muhyiddin,” kata Azmi.
Malah dia menggambarkan situasi lebih parah lagi apabila Muhyiddin menghubungi Presiden Warisan Shafie Apdal untuk membentuk kerjasama baru menjelang PRU15 dan ia telah ditolak oleh Shafie.
Tindakan Muhyiddin itu seperti sia-sia kerana menurut Awang Azman, gabungan pembangkang sama ada dalam PH mahupun Warisan dan Pejuang sendiri banyak tidak sehaluan dalam beberapa perkara utama, contohnya berhubung isu calon perdana menteri.
Pendapat bercanggah, katanya dapat dilihat apabila Pejuang mahukan Shafie sebagai calon perdana menteri manakala PKR pula inginkan presiden mereka untuk jawatan tersebut.
“Sudah tentu akar umbi PKR menolak apa-apa kerjasama dengan Pejuang, yang jelas menolak dan tak mengiktiraf Anwar sebagai calon perdana menteri.
“Bersatu pula dianggap sebagai pengkhianat PH kerana keluar dari PH dan menyebabkan kerajaan PH tumbang.
“Sukar untuk PH menerima kerjasama dengan Bersatu kerana bila-bila masa Bersatu akan kembali mengkhianat,” kata Awang Azman.
Meskipun mengakui ahli Parlimen Pagoh itu mempunyai sumbangan tersendiri sewaktu pentadbirannya ketika negara dilanda pandemik Covid-19, namun Awang Azman berkata rakyat Malaysia inginkan negara ke hadapan dengan mempamerkan pemimpin baru.
“Bukannya perdana menteri kitar semula yang banyak mengundang kritikan rakyat ketika pandemik hingga tak mampu bertahan dan ditumbangkan oleh sesama sekutu politik mereka sendiri,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
- Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
- Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
- Resepi daging paprik merecik
- Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
- Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
- Najib tidak beri kelulusan – Saksi
- Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
- Resepi udang masak diraja viral
- Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
- Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
- Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.