Kerabu Sare Kegemaran Warga Emas Kelantan Sebagai Juadah Bersahur

Kerabu Sare Kegemaran Warga Emas Kelantan Sebagai Juadah Bersahur

KOTA BHARU: Kerabu sarang atau kerabu sare panggilan rakyat Kelantan antara makanan tradisional yang digemari khususnya penduduk berhampiran pantai dan warga emas.

Kerabu Sarang sejenis lauk ulaman sebenarnya berasal dari Alga Merah, spesis Grasilaria.

Menurut Pengurus Pemasaran Hotel Grand Renai, Raja Rusmin Raja Mahmud, kerabu sare sebetulnya sangat terkenal dan digemari oleh warga emas di negeri ini.
Katanya, kerabu sare dihasilkan menggunakan bahan asas rumpai laut yang terlebih dahulu perlu dibersih dan dikeringkan sebelum dijual kepada peraih atau pembuat juadah berkenaan.

Raja Rusmin berkata, kerabu sare atau rumpai laut semata mata tanpa ada penambah perisa juga tidak boleh dimakan kerana tiada rasa.

Justeru, sebagai pelengkap rasa kerabu berkenaan, bahan-bahan seperti tumis sambal kelapa atau kerisik bawang merah dan cuka diperlukan.

Kata Raja Rusmin, sambal kelapa dicampur dengan ikan tawar atau dijadikan kerisik.

“Kerisik itu ditumis bersama-sama campuran bawang merah, cili besar, cili kecil, halia, lengkuas, santan dan bawang putih.

“Selepas siap menumis bahan berkenaan, potong cili dan sediakan sedikit cuka atau perahan limau nipis atau ada sebahagianya menggunakan limau kasturi.

“Gaulkan kesemua bahan tadi, sambal kelapa atau kerisik bersama tumis, cuka dan potongan cili bersama kerabu sare, baru boleh dihidangkan,” katanya berkongsi resepi dengan Astro AWANI.

Raja Rusmin Raja Mahmud berkata, kerabu sare sebetulnya sangat terkenal dan digemari oleh warga emas di Kelantan. – Gambar Astro AWANI

Adunan tadi, ujar Raja Rusmin, membuatkan kerabu sare nampak cantik, cukup rasa dan enak untuk dimakan.

Kebiasaannya juga, kata Raja Rusmin, kerabu sare dimakan bersama nasi kerabu.

Bagaimanapun, sebilangan penggemar kerabu sare menjadikannya sebagai pembuka selera atau dimakan tanpa nasi.

Kemasyhuran kerabu sare juga boleh didapati di pasar pagi sama di Pasar Siti Khadijah atau pasar Wakaf Baru di sini.

Sepanjang bulan puasa pula, kerabu sare turut dijual di bazar-bazar Ramadan di negeri Serambi Mekah ini.-AA

Kerabu Sare Kegemaran Warga Emas Kelantan Sebagai Juadah Bersahur

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker