Suami menabung wang beli rokok, 10 bulan boleh balik kampung [VIDEO]

TANGKAP layar memaparkan senario seorang isteri yang gembira dapat pulang ke kampung menggunakan wang disimpan oleh suaminya dengan tidak merokok. – Instagram

 

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kegembiraan seorang isteri apabila dapat pulang ke kampung dengan menggunakan wang belanja rokok yang disimpan secara rahsia oleh suaminya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam  akaun Instagram bernama @dunia_kaumhawa.

Menerusi klip video tersebut, suami wanita itu dikatakan menabung secara rahsia wang belanja rokoknya sejak 10 bulan lalu di dalam tabung plastik berwarna merah dan kuning. Wanita itu mengaku terkejut selepas mengetahui perkara tersebut.

“Alhamdulillah, duit rokok dalam tempoh 10 bulan di dalam tabung sudah terkumpul,’’ demikian kenyataan pada video itu.

Kelihatan suami wanita itu cuba membuka tabungnya menggunakan pisau pemotong. Dia kemudian mengeluarkan kesemua wang tabung itu ke atas lantai.

Jumlah wang yang terkumpul tidak dijelaskan, namun kelihatan banyak.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan  komen.

“Ini bermakna, sayangi diri sendiri dan keluarga, bebas daripada belenggu rokok yang tidak berguna,’’ tulis seorang netizen.

“Wah jimat, tak sabar nak buka,’’ komen netizen lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker