Muhyiddin halang selesai isu orang India tanpa IC – Kula
Muhyiddin halang selesai isu orang India tanpa IC – Kula
Muhyiddin Yassin didakwa bersikap ‘tidak ambil peduli’ ketika dia bertugas sebagai menteri dalam negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, berkata antara isu yang tidak ditangani Muhyiddin ialah menyelesaikan isu kerakyatan khususnya kaum India di negara ini.
Kata bekas menteri sumber manusia itu, sikap diambil Muhyiddin itu bertentangan dengan berjanji PH untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan penduduk keturunan India, Cina dan yang lain tanpa kad pengenalan seperti terkandung dalam manifesto PH menjelang PRU ke-14.
Dakwanya lagi, Muhyiddin malahan tidak pernah hadir dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet PH bagi menyelesaikan isu tersebut walaupun dia merupakan pengerusinya.
“Semasa saya menjadi menteri kabinet, saya minta kabinet untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk ditubuhkan. Dan kabinet bersetuju dan Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri dan saya – sebagai menteri sumber manusia – adalah pengerusi bersama.
“Tetapi Muhyiddin menjadi penghalang. Sejak hari pertama sehingga kerajaan PH tumbang, tiada satu pun mesyuarat rasmi. diadakan. Dia pernah adakan perbincangan dengan ahli-ahli parlimen DAP secara tidak rasmi. Tetapi, tiada mesyuarat rasmi.
“Boleh dikatakan agak keterlaluan dan memalukan kepada negara, tiada satu mesyuarat diadakan untuk memudahkan dan membincang dengan memegang kepentingan apa yang perlu dilakukan.
“Ia menunjukkan jauh dalam hati Muhyiddin, dia tidak komited untuk membantu kaum India di negara ini.
“Anda bayang sendiri, (komitmen kerajaan) ketika dia menjadi perdana menteri (semasa kerajaan Perikatan Nasional) dan menjadi orang penting dalam kerajaan hari ini,” katanya.
Naib Pengerusi DAP itu mengulas dakwaan kerajaan PH gagal menunaikan janji yang dipersetujui dalam manifesto khas PH kepada kaum India yang mengandungi 25 perkara ketika kempen PRU ke-14.
Sebelum ini, MIC dan parti-parti ‘mesra BN’ menuduh PH gagal mengotakan janji mereka untuk menyelesaikan isu warganegara keturunan India tanpa kad pengenalan ini.
Pun begitu, Kulasegaran menjelaskan pentadbiran PH masih berjaya menyelesaikan hampir 3,500 kes kerakyatan melibatkan pelbagai kaum termasuk India dalam tempoh yang singkat selepas perkara itu dibawa ke perhatian Mahathir.
“Kami mampu menunaikan janji PH berhubung isu kerakyatan sekiranya diberi masa mentadbir selama 60 bulan,” katanya.
Peruntukan RM50 juta
Untuk rekod, pada Feb 2020, Muhyiddin membawa keluar parti Bersatu daripada gabungan PH dan dilantik sebagai perdana menteri selepas bergabung dengan Umno-BN dan PAS.
Dia meletak jawatan pada Ogos 2021 dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai PM kesembilan negara. Muhyiddin masih kekal dalam kerajaan hari ini serta menjalankan tugas selaku pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kulasegaran juga berkata bahawa selaku menteri sumber manusia dia hampir berjaya menyelesaikan isu dana RM50 juta untuk agihan kepada pekerja ladang khususnya kaum India lebih kurang 15 tahun yang lalu.
Menurutnya, pada tahun 1972, perdana menteri Allahyarham Abdul Razak Hussein melancarkan skim rumah khas kepada pekerja ladang.
Namun, kata Kulasegaran, skim itu tidak diteruskan selepas zaman Abdul Razak sehingga lebih kurang 15 tahun yang lalu apabila kerajaan BN memperuntukan RM50 juta untuk skim perumahan berkenaan.
“Dana itu diletakkan di bawah kementerian sumber manusia. Tapi, ia (skim rumah pekerja ladang) dilupakan.
“Terpadam daripada fikiran ramai menteri yang memegang portfolio sumber manusia. Menteri-menteri kementerian sebelum ini tidak mengambil banyak usaha. Dana itu tidak disentuh kerana tiada inisiatif daripada kerajaan BN.
“Apabila saya datang, saya menekankan perkara ini dengan menghubungi semua ladang yang bersaiz besar pada asasnya dimiliki oleh GLC.
“Saya memberitahu mereka (pemilik ladang) untuk memperuntukkan 10 ekar di setiap ladang supaya boleh membina rumah untuk kepada pekerja ladang.
“Tapi, selepas beberapa pusingan perbincangan mereka enggan melayan permintaan saya.
“Akhirnya, mereka setuju selepas saya memberitahu bahawa saya akan membuat akta baru untuk menguatkuasa dasar baru bahawa setiap ladang perlu memberi 10 ekar untuk pembinaan rumah kepada pekerja,” katanya.
Tambahnya, projek pertama di Sungai Siput, dengan Sime Darby memperuntukkan tanah seluas 10 ekar di bawah skim ini.
“Tetapi, malangnya kerajaan PH telah dijatuhkan. Tanah tersebut dibiarkan begitu sahaja. Saya berani berkata selama 24 bulan yang lalu tiada apa yang dilakukan kerajaan hari ini,” katanya sambil menambah bahawa dia melawat tanah tersebut dua hari yang lalu.
Mana laporan pencapaian
Sementara itu, Kula mencabar pemimpin-pemimpin yang mengutuk kerajaan PH untuk mendedahkan pencapaian kerajaan hari ini.
“Saya perlu katakan adalah tidak benar sama sekali untuk menuduh kerajaan PH gagal bagi kaum India.
“Sebagai permulaan kita ada empat menteri berbanding sebelum ini hanya satu menteri sebelum dan selepas kerajaan PN. Itu sendiri menunjukkan komitmen PH untuk membantu kaum India di negara ini.
“Secara keseluruhan kami diberi tempoh 60 bulan, ia dipendekkan dan cuma menjadi 22 bulan sahaja yang jelas menghadkan kami berkhidmat berdasarkan potensi sepenuhnya kepada orang ramai.
“Apabila seseorang menganalisis kami hanya pemerintahan selama 22 bulan, anda harus bertanya kepada mereka apa yang telah mereka lakukan untuk 62 tahun yang lalu? Betapa teruk negara, dari ekonomi kepada sosial dan struktur masyarakat yang lain,” katanya.
Kula juga menyoal jika kerajaan hari ini berani menunjukkan laporan pencapaian khususnya bantuan kepada kaum India.
“Sila beritahu kami apa yang telah anda lakukan? Jangan beri alasan pandemik sebagai gangguan untuk menjalankan tugas.
“Dalam pandemik anda mengambil gaji, lebih banyak wang yang anda habiskan selama 24 bulan ini dalam sejarah negara.
“Mereka harus bertanggungjawab dan memberikan laporan apa yang telah mereka lakukan dalam 25 bulan yang lalu,” katanya. Mk
Muhyiddin halang selesai isu orang India tanpa IC – Kula
Baca Artikel Menarik:
- Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
- Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
- Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
- Resepi daging paprik merecik
- Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
- Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
- Najib tidak beri kelulusan – Saksi
- Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
- Resepi udang masak diraja viral
- Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
- Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
- Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin halang selesai isu orang India tanpa IC – Kula