Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.

Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.

Kurma merupakan antara makanan wajib ada pada bulan bukan? Kalau kat rumah, pasti ada berkotak-kotak kurma

Ada yang makan semasa sahur, ada juga yang amalkan makanan sebaik saja azan Maghrib berkumandang.

Jadi, tahukah anda sebenarnya kurma merupakan buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan membawa banyak manfaat kepada tubuh badan kita?

Nak tahu antara kebaikan makan kurma? Jom tengok di bawah!

1. Membekalkan sumber tenaga

 

Pada bulan puasa, kebiasaannya tubuh badan kita akan menyerap kurang nutrisi di dalam badan disebabkan kita hanya makan ketika sahur dan buka saja.

Untuk mengekalkan sumber tenaga yang ada untuk melakukan rutin harian, kita perlu makan buah kurma ketika sahur dan buka puasa. Hal ini disebabkan buah kurma mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang cukup sebagai sumber tenaga tubuh badan.

2. Melancarkan sistem pencernaan

Disebabkan kurma mengandungi tinggi serat, ia akan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan anda. Terutamanya ketika bulan puasa, kita akan berbuka dengan portion yang banyak kerana seharian bertahan lapar.

Oleh itu, dengan makan kurma ia akan membantu anda melancarkan pergerakan usus besar dan mengelakkan sembelit.

3. Mengurangkan rasa haus dan lapar

Kandungan mineral dalam kurma yang cukup tinggi dapat membantu anda agar tidak cepat dahaga ketika seharian berpuasa. Begitu juga dengan kandungan glukosa yang ada di dalam kurma, ia membantu anda untuk tidak merasa lapar.

Kebiasaannya, anda disarankan untuk makan 3 butir buah kurma seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad.

4. Mengandungi antioksidan yang tinggi

Antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik dan juga vitamin A yang ada dalam buah kurma mampu untuk menyahaktifkan radikal bebas ini dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya. Oleh sebab itu, dengan makan kurma boleh mengurangi risiko terkena sebarang penyakit.

5. Pemanis semula jadi

Disebabkan kurma tidak mempunyai sebarang gula tambahan, ia memang selamat dimakan. Kurma mengandungi fruktosa yang memberi kemanisan di setiap gigitan. Kurma juga boleh menjadi alternatif kepada gula putih.

Jika anda amalkan makan kurma, anda akan mempunyai energi dan tidak mudah mengantuk selepas berbuka puasa.

6. Meningkatan kesihatan otak

Makan kurma juga dapat membantu untuk meningkatkan fungsi otak. Sebuah kajian menyatakan bahawa makanan yang dicampur dengan kurma memiliki memori dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik.

Selain itu, kurma dapat membantu menurunkan infeksi dan mencegah pembentukan plak otak yang penting untuk mencegah penyakit Alzheimer.

Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker