Drama ahli keluarga, nasihat bapa musnahkan imej Messi

Nasihat yang salah dan drama ahli keluarga menyebabkan imej dan reputasi Lionel Messi tercalar di Barcelona.

Legenda Real Madrid, Hugo Sanchez berkata, Messi terpaksa membuat pusingan U untuk kekal di Nou Camp akibat nasihat agen yang juga bapanya, Jorge.

Pada 26 Ogos lalu, pemain antarabangsa Argentina itu meluahkan hasrat untuk meninggalkan Barcelona menerusi faksimili.

Pemain itu memaklumkan mahu meninggalkan kelab itu secara percuma pada akhir Ogos memandangkan beliau sepatutnya berbuat demikian sebelum 10 Jun bagi membolehkannya mematuhi undang-undang.



Sanchez berpendapat, pemain itu tidak menerima nasihat yang betul dan ahli keluarga Messi memberi kesan untuk meninggalkan kelab.

“Messi tiada pilihan lain melainkan terpaksa kekal semusim lagi di Nou Camp akibat nasihat yang tidak betul daripada bapanya dan juga firma undang-undang yang telah menjejaskan imejnya.

“Secara kebetulannya, Messi telah memiliki sepasukan peguam yang pernah berkhidmat bersama Barcelona, namun konflik kepentingan mengakibatkan kelab La Liga itu mengubah strateginya.

“Jika Messi dan bapanya sudah membuat keputusan meninggalkan kelab, mereka tidak sepatutnya menunggu hingga akhir Ogos ini,” katanya. – MalaysiaGazette



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker