Selamatkan rizab minyak Sapura daripada jatuh ke tangan asing – Najib
Selamatkan rizab minyak Sapura daripada jatuh ke tangan asing – Najib
Najib Razak menegaskan kerajaan perlu menawarkan pinjaman kepada Sapura Energy Bhd bagi menyelamatkan rizab minyak daripada jatuh ke tangan asing sebelum potensi sepenuhnya dapat direalisasikan.
Beliau berkata, anak syarikat syarikat itu, Sapura OMV, memiliki rizab minyak dan gas sebanyak 264 juta tong dengan nilai kasar RM110.8 bilion.
Jika anak syarikat itu dijual, seperti yang diduga, rakan usaha sama Sapura OMV dari Austria, berkemungkinan akan menjadi pembeli pilihan pertama kerana ia sudah memegang 50% kepentingan dalam Sapura OMV dengan baki 50% dipegang oleh Sapura Energy.
“Jika baki 50% pegangan dalam Sapura OMV dijual untuk menyelesaikan hutang, rizab minyak akan jatuh ke tangan asing sebelum potensi sepenuhnya dapat direalisasikan.
“Ini adalah salah satu sebab saya kata kerajaan patut beri jaminan pinjaman agar telaga dan rizab minyak dan gas dari muka bumi negara tetap dimilik Malaysia. Alternatif lain ialah kerajaan boleh arahkan Petronas mengambil alih Sapura dari PNB secara sementara,” katanya di Facebook.
Sapura OMV mengendalikan pelantar minyak di perairan Malaysia.
Najib berkata, penjualan aset jangka panjang yang sangat bernilai untuk menyelesaikan masalah aliran tunai jangka pendek adalah tidak munasabah dan merugikan.
Ketua Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Anuar Mohd Taib yang dipetik awal hari ini sebagai berkata, syarikat itu telah mula membincangkan mengenai penstrukturan semula pinjaman berjumlah RM10.3 bilion daripada sembilan bank dan merancang untuk menjual beberapa asetnya.
“Sapura Energy tidak mampu lagi mengekalkan operasinya akibat bebanan hutang semasa, yang mana perlu membayar hampir setengah bilion faedah setiap tahun. Lagi cepat kita membuat menyusun semula hutang, lagi baik,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata, kumpulan itu mahu menumpukan pada perkhidmatannya, yang bermakna kurang memberi tumpuan kepada penerokaan dan pengeluaran (E&P).
“Ini bermakna aset dalam kategori terakhir berkemungkinan untuk dijual,” kata laporan itu. FMT
Selamatkan rizab minyak Sapura daripada jatuh ke tangan asing – Najib
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun