30 titik panas dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran
30 titik panas dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 30 titik panas, antaranya hutan paya gambut, belukar dan kawasan hutan yang mempunyai pokok rendah atau lahan, selain kawasan sekam padi dan pelupusan sampah yang berisiko terbakar pada musim panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata lokasi terbabit ditentukan berdasarkan pengalaman JBPM sebelum ini dan pihaknya sudah pun memulakan pemantauan serta bersiap siaga dari segi aset dan keanggotaan jika berlaku bencana berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid. – Foto NSTP
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid. – Foto NSTP
Katanya, risiko kebakaran hutan paya gambut membabitkan kawasan luas dengan negeri kritikal adalah Selangor yang meliputi beberapa kawasan, antaranya Sepang serta Banting dan Johan Setia di Klang, diikuti beberapa kawasan di Perak, Johor, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
“Sepang mempunyai tanah gambut yang luas. Setiap tahun, apabila berlaku kebakaran, ia akan menyebabkan asap dan jerebu yang akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk setempat serta mengganggu laluan udara di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Dari segi kesiapsiagaan, kami sentiasa bergerak dan memantau, bertindak kepada panggilan kecemasan. Sebanyak 350 aset darat JBPM di seluruh negara sedia digerakkan, termasuk lori, lori tangki air dan Fire Rescue Tender (FRT) serta sembilan helikopter dan pesawat yang akan buat pemantauan dan pengeboman air atau pemadaman api dari udara.
“Kita juga akan guna banyak dron yang dibekalkan ke semua negeri, dilengkapi kamera infra merah untuk kenal pasti kawasan, keluasan, lokasi dan kedalaman titik panas. JBPM turut membuat persediaan sebelum kebakaran, iaitu menyediakan sumber air di kawasan tertentu guna telaga tiub, dam pengendali atau ‘check dam’ dan sumber air bawah tanah.
“JBPM juga bekerjasama dengan agensi lain, termasuk swasta untuk buat trenching (laluan) garisan kebakaran dan fire break (sekatan kebakaran) sebelum kejadian lagi, supaya jika kebakaran berlaku di satu sektor, api tidak merebak. Jadi, apabila ada kebakaran hutan, sudah ada pasukan barisan hadapan kita di titik panas ini,” katanya kepada BH, semalam.
Semalam, BH melaporkan sekurang-kurangnya 10 kawasan hutan paya gambut di negara ini berisiko mengalami kebakaran terbuka dengan mudah pada musim kering yang dijangka berlaku semasa Monsun Barat Daya bermula pada akhir Mei sehingga September, membabitkan keluasan keseluruhan sekitar 2.5 juta hektar.
Berdasarkan analisis imej satelit yang diperoleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan analisis densiti titik panas, tiga kawasan diklasifikasikan berisiko sangat tinggi dan tinggi untuk terbakar adalah di Pekan, Pahang dan Miri serta Mukah di Sarawak.
Mohammad Hamdan berkata, JBPM juga akan menggunakan alat khas ‘Mark 3’ khusus untuk kebakaran hutan paya gambut dan kelengkapan itu baru-baru ini mendapat pengiktirafan dalam satu pertandingan inovasi antarabangsa anjuran Tabung Hidupan Liar (WWF).
“Alat ini bertindak seperti sistem pemadam kebakaran di bangunan, yang mana nozel panjang dicucuk ke dalam bumi untuk merenjiskan air di bawah tanah dan pada masa sama, bahagian atas akan berpusing untuk memadam kebakaran pada permukaan tanah,” katanya.
Mengenai kekuatan keanggotaan bagi menghadapi bencana itu, beliau memaklumkan, seramai 12,500 anggota JBPM, termasuk pegawai operasi dalam keadaan bersiap bersedia di seluruh negara dan akan bertindak mengikut panggilan serta jenis kecemasan.
“Jika kebakaran makin kritikal, kita akan sekat dan bekukan cuti anggota. Buat masa ini, kita masih beroperasi seperti biasa, namun pemantauan dibuat secara berterusan. Kita juga mempunyai koordinasi yang rapat dengan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan agensi lain termasuk Jabatan Alam Sekitar,” katanya. BH
30 titik panas dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
You must be logged in to post a comment.