Legenda penjaga gol Jerman, Oliver Kahn
Legenda penjaga gol Jerman, Oliver Kahn

Bordeaux: Legenda penjaga gol Jerman, Oliver Kahn, mengejutkan ramai apabila mengumumkan menarik diri daripada perjanjian untuk membeli kelab Perancis, Bordeaux, yang kini bergelut di divisyen keempat bola sepak negara itu.
Dalam satu surat terbuka kepada akhbar tempatan Sud Ouest, Kahn menjelaskan beliau tidak bersedia membayar €50 juta (RM287 juta) seperti yang ditetapkan untuk meneruskan pengambilalihan itu.
“Dengan penuh rasa kecewa, meskipun kerja persiapan dijalankan secara menyeluruh dan analisis mendalam dilakukan, kami membuat keputusan yang teliti untuk tidak meneruskan projek pengambilalihan ini,” kata Kahn dalam surat tersebut yang dilihat AFP.
Kelab enam kali juara Ligue 1, Bordeaux kini beraksi di Nationale 2, liga keempat bola sepak Perancis, selepas dilanda krisis kewangan serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Langkah Kahn yang pernah dianggap sebagai penyelamat berpotensi, kini menyaksikan masa depan kelab legenda itu semakin samar.
Legenda penjaga gol Jerman, Oliver Kahn, mengejutkan ramai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.