Tak sempat jual air ketum untuk cari duit raya

Air ketum yang dijual dengan harga RM5 sebungkus dirampas dalam serbuan, pada Jumaat.

BALIK PULAU – Polis menahan empat lelaki bersama air dan daun ketum bernilai RM5,100 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenda Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua suspek tersebut merupakan ahli sindiket yang memproses dan menjual barang terlarang itu di sekitar negeri ini.

Menurutnya, suspek berusia lingkungan 18 hingga 50 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat awam serta risikan yang dilakukan sebelum ini.

“Kita menyerbu sebuah rumah pada jam 1.45 tengah hari dan menahan empat lelaki terbabit. Kita menemui 120 bungkus air ketum yang siap diproses di dalam kereta yang diletakkan di hadapan rumah.



“Sementara itu, pemeriksaan di dalam rumah pula menemui tiga tong ais mengandungi 300 bungkusan air ketum siap diproses. Selain itu, kita turut merampas 15 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 75 kilogram (kg) dan pelbagai peralatan untuk memproses air ketum,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Kamarul Rizal berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu menjual air ketum berkenaan di sekitar kawasan Bayan Lepas dengan harga RM5 sebungkus.

“Sindiket tersebut dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum dari negeri jiran.

“Semua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.



 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker