Nak kahwin tapi bukan dengan…..

Nak kahwin tapi bukan dengan…..

Sering diasak pertanyaan tentang perkembangan status jandanya, pelakon Nadia Brian mengakui masih single namun mengakui berkawan dengan seseorang.

Pemilik nama lengkap, Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu berkata, menjalin hubungan persahabatan merupakan satu perkara yang penting bagi menjaga kesihatan mental walaupun kini masih berstatus solo.



“Berkawan (dengan orang), takkanlah nak cakap (kawan) dengan pokok pula kan (ketawa). Kalau tak berkawan cakap dengan telefon sahaja, tak elok pula.

“Kesihatan mental perlu jaga. Jadi, saya boleh katakan sekarang sedang berkawan dengan seseorang tapi tiadalah sampai fikir nak tergesa-gesa nak kahwin.

“Pada masa sama juga, tidaklah saya rasa trauma untuk nak kahwin lagi tapi bukan sekarang atau dalam waktu terdekat nak kahwin lagi,” katanya.

Nadia, 31, ditemui Kosmo! Online pada majlis sidang akhbar drama terbaharu lakonannya, Kuasa arahan Kroll Azry yang akan mula ditayangkan 11 April depan menerusi saluran Astro Citra, baru-baru ini.



Tidak memperincikan identiti sebenar teman istimewanya, Nadia yang membawakan karakter Delilah dalam drama berkenaan memberitahu, hatinya tidak pernah tertutup nak kahwin sekali lagi namun menunggu waktu sesuai.

“Nak kahwin tapi mungkin tahun hadapan atau mungkin dua tahun lagi. Pulun kerja dahulu tapi kita tak tahulah kalau jodoh datang awal.

“Apa yang saya boleh katakan, kahwin tidak menjadi keutamaan saya sekarang. Nak kahwin ini ada fasa-fasanya bukan boleh terus pergi (kahwin). Sekarang karier dahulu, kahwin nanti kita tengok siapa yang bertahan,” ujarnya.

Terdahulu, Nadia berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun jodoh antara mereka tidak panjang apabila bercerai April tahun lalu. K Online



Nak kahwin tapi bukan dengan…..


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker