Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup


Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Pesara tentera yang juga aktivis masyarakat terkenal, Abdul Rani Kulup Abdullah telah menunjukkan tanda sokongannya kepada seorang pensyarah di UiTM yang tular kerana menegur pelajarnya tidak mampu memiliki sebuah komputer riba.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ayahanda Abdul Rani Kulup berkongsi pendapatnya di laman facebook berkata anak-anak zaman sekarang kini tidak mementingkan soal pelajaran.

“Ayah sebenarnya sokong apa prof ni cakap. Orang kita ni suka lebihkan benda lain daripada persiapan nak cari ilmu. Kalau tiada latpop macam mana nak buat sumproduct. Maaflah kadang-kadang cakap bangsa kita ni, Yang buat rosaknya ialah mak ayah. Mak ayah tak titik beratkan soal belajar. Dalam hal macam ni banyak bangsa kita ni, laptop tak mampu beli. Tapi pakai telefon pintar nak iPhone, kereta nak Honda, kereta wira bapak dia buat jahanam pergi sodok kambing haji mokmin.

Tambahnya lagi, generasi zaman sekarang ramai yang tidak bersedia untuk menimba ilmu, malah mereka lebih mementingkan gaya hidup yang terkini.

“Moto pulak nak Ysuku. Suzuki bess bapak kat kampung tak mahunya dia. Minum nak Starbucks tak mahulah milo timah janda. Bab melaram nombor satu. Bab belajar, No satu paling belakang. Sebab tak sedia nak terima ilmu dan susah praktik apa yang diajarkan. Ayah banyak jumpa budak masa temuduga. Dalam resume dia tulis excellent untok microsot office. Bila tanya apa formula nak guna untuk kira keseluruhan row. Dia jawab tambah. Hmm..Selamat cantik. Harini jadi setiausaha ayah dah.”

Kenyataan nya mendapat perhatian netizen ini dan rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh beliau.

Terdahulu, pensyarah di UiTM itu menjadi tular di media sosial gara-gara mengeluarkan perkataan yang disifatkan sebagai menghina pelajar dari golongan B40. Menurut Malaysia Gazette, pensyarah erkenaan turut menggesa pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas yang dimiliki untuk membeli komputer. Dalam perbualan itu, pensyarah tersebut turut menyatakan dia tidak boleh ‘duduk’ dengan golongan B40 kerana kumpulan tersebut lebih mementingkan perkara lain berbanding pelajaran. Mr

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker