SPRM Perlu Umumkan Secepat Mungkin Siasatan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Oleh Nurul Aisyah

SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali mendapat kritikan dan tentangan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan(PH) dan Mahathir walaupun bukti-bukti kukuh telah ada.

Mereka kononnya mahu mempertahankan dan melindungi “kekebalan” para hakim sedangkan ketika kes Anwar Ibrahim dibicarakan dahulu, pemimpim-pemimpin PH inilah yang mengkritik tanpa batasan secara silih berganti hakim-hakim yang terlibat.



Berbeza dalam kes Nazlan, bukti-bukti kukuh berkenaan salahlaku jenayah beliau dikatakan telah ada dalam simpanan pihak berkuasa. Ini bermakna, SPRM sepatutnya tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan hasil siasatan terhadap Nazlan.

Tambahan pula, SPRM menegaskan bahawa pihak mereka mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai badan awam termasuk hakim. Dalam kenyataan mereka, SPRM mendakwa pihaknya diberikan kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah bawah Akta SPRM 2009.

“Pegawai badan awam” adalah mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam. Ianya termasuk anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam.

Nazlan disiasat kerana didakwa memiliki wang sebanyak RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan.



Sebelum ini pihak SPRM telah mempunyai rekod menyiasat hakim dan kertas siasatan berkaitan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian.

Selaras prinsip pengasingan kuasa, setelah semua proses siasatan selesai dilakukan, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

Berhubung siasatan terhadap Nazlan, SPRM menerima satu aduan pada 15 Mac lalu disusuli dua lagi pada 23 dan 27 April lalu.

Memandangkan bukti kukuh dikatakan telah ada dalam simpanan polis maka hasil siasatan terhadap Nazlan perlu diumumkan segera kerana rakyat mahu agar pihak yang terlibat mendapat perbicaraan yang adil.



Tambahan pula blogger Raja Petra telah mengumumkan bukti-bukti salahlaku jenayah Nazlan di portal beliau secara terperinci. Oleh itu, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat bukti-bukti yang didedahkan tersebut bagi membuktikan kesahihannya. Rakyat mahu tahu hasil siasatan SPRM. Umumkan segera.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker