Gombak, KL dijangka alami gangguan bekalan air

ISMAIL Hashim (kanan) memerhatikan seorang pekerja kontraktor SADA mengisi air ke dalam tong yang disediakan di hadapan rumahnya di Kampung Segantang Garam, Merbok, Sungai Petani, Kedah, semalam

Gombak, KL dijangka alami gangguan bekalan air

Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching, di sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan kerja pembaikan injap bocor itu akan dilaksanakan bermula 11 pagi esok (30 Mac) dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 31 Mac,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan itu dilaksanakan.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan berkaitan gangguan bekalan air itu akan dimaklumkan menerusi medium komunikasi rasmi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com. FMT

Gombak, KL dijangka alami gangguan bekalan air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker