Kekuasaan Allah Tidak Boleh Ditafsir Hanya Dengan Logik Akal

Kekuasaan Allah Tidak Boleh Ditafsir Hanya Dengan Logik Akal

Mendepani perubahan takdir, selain doa perlu juga ada konsep ikhtiar. Dalam konsep Islam, Allah S.W.T. sudah menegaskan kepada kita untuk berusaha dan berikhtiar dahulu, kemudian barulah berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Kita tidak hanya perlu berdoa sahaja tanpa ada tindakan dilakukan. Sedangkan Baginda s.a.w. sendiri berusaha dan berikhtiar sepertimana ketika menghadapi peperangan.

Sebagai seorang utusan Allah sudah tentu Allah akan membantunya. Akan tetapi mengapa Baginda s.a.w. dan para sahabat tetap juga mengambil usaha ikhtiar sebagai jalan menentukan takdir mereka. Baginda s.a.w. tidak hanya bergantung semata-mata kepada Allah dan hanya berdoa sahaja kerana tanpa usaha ikhtiar maka Allah tidak akan memberi pertolongan Nya.

Hasil daripada ganjaran dan takdir yang berlaku nanti, itu adalah semata-mata usaha kita sendiri termasuk doa dalam setiap perkara.

Kekuasaan Allah tidak dapat ditafsirkan dengan lojik akal. Bahkan dengan kekuasaan Allah jua, benda yang diluar kemampuan akal boleh berlaku.

Dalam satu keadaan pernah terjadi, ada orang ditakdirkan kemalangan yang menyebabkan semua penumpang mati tetapi hanya dia seorang yang hidup. Ini berlaku mungkin kerana amal kebajikannya, mungkin kerana doanya dan mungkin juga kerana perkara lain yang hanya Allah sahaja yang lebih tahu.

Allah mampu meletakkan sesuatu tanpa diduga dengan menggunakan alat-alat yang ada di muka bumi ini, dan memberi sesuatu dengan kadar yang telah ditetapkan.

Dalam kisah yang lain pula, ada seorang pemuda yang cuba menentukan takdirnya dengan tidak mahu makan. Rutin harian hanya duduk beribadah di dalam masjid. Dia ingin melihat adakah Allah dapat memberikannya makanan tanpa ia sendiri mencarinya.

Dengan kekuasaan Allah S.W.T. telah menggerakkan seseorang untuk memberi makan padanya. Ketika tiba waktu untuk makan, seorang yang telah digerakkan Allah, mengambil makanan dan terus disuap dalam mulut pemuda tadi. Terkejut dia hingga ia sedar bahawa itulah bukti kekuasaan Allah dalam menentukan takdir seseorang.

Usaha Jangan Dilupa!

Apabila Allah sudah takdirkan hidup seseorang sama ada berjaya atau tidak, itu juga semuanya bergantung atas usaha, kemampuan, keazaman serta keinginannya. Mungkin keinginan setinggi gunung tetapi yang menentukan kejayaannya adalah Allah seimbang dengan usaha yang kita lakukan merangkumi pelbagai perkara.

Katalah seorang ahli perniagaan ingin beroleh keuntungan sebanyak satu juta ringgit. Adakah usahanya setanding dan berbaloi dengan nilai yang diinginkan. Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperoleh keuntungan itu, tetapi semuanya juga atas kehendak Allah yang dilihat dalam pelbagai aspek. Ia bukan hanya sekadar usaha secara zahir tetapi merangkumi dengan usaha-usaha lain seperti doanya, zakatnya, sedekah dan rahmat Allah.

Apa pun yang berlaku mestilah ganjaran itu relevan dan sesuai dengan keinginan usaha dan doa yang dipanjatkan. Oleh itu jika kita balik semula kepada qadar yang kita sebutkan dalam artikel yang lalu, ia adalah ketetapan yang telah ditetapkan Allah dengan izin Allah. Maknanya hanya dengan izin Allah qadar itu boleh kekal atau berubah sama ada banyak atau sedikit. Namun yang pasti ia tetap akan memperolehinya atas usaha yang dilakukan.

Sekalipun mungkin juga ia tidak mendapatkannya walaupun telah berusaha lebih, namun ia wajib percaya bahawa sesuatu ganjaran itu diberikan dalam bentuk yang lain pula atau di masa yang lain pula. Mungkin pada waktu yang paling tepat ia terima.

Dan, dalam masa yang sama, mungkin juga dari sudut logik akal ia takkan dapat satu juta tetapi atas usaha dan doa yang dipanjatkan, maka Allah akan cuba melorongkan jalan untuknya mendapat apa yang ia inginkan. Semua itu adalah dengan keizinan dari Allah.

Begitu juga dengan perihal jodoh. Walau dia berusaha dan berdoa agar seseorang yang disukai jatuh cinta padanya dan menjadi pasangan hidupnya, namun kadangkala ia tetap gagal melembutkan hati orang tersebut. Atau boleh jadi dia sudah menjalin hubungan tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Mungkin di sini Allah telah tetapkan seseorang yang lebih baik dari orang yang disukainya atau barangkali kerana doa dan usahanya yang masih belum cukup.

Hakikatnya sebagai hamba Allah kita hendaklah yakin dengan qada dan qadar dari Allah. Janganlah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah dan sentiasalah berdoa dan berusaha semoga Allah akan mempermudahkan urusan kita sama ada di dunia mahupun akhirat.

Yang pastinya nawaitu yang baik dan doa yang baik serta usaha yang berterusan sudah semestinya akan diberikan ganjaran oleh Allah walaupun segalanya telah ditetapkan. Apa pun jua, ketentuan dari Allah adalah dengan keizinan Nya. Dan ia boleh berubah juga dengan perkenan Nya.

Kita hanya mampu berusaha tanpa perlu berputus asa dan jangan sesekali bergantung kepada pihak yang lain selain Allah. Ingatlah kita merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Walau bagaimanapun ketentuan Allah itu adalah yang paling baik. Wallahu a’lam Utv

Kekuasaan Allah Tidak Boleh Ditafsir Hanya Dengan Logik Akal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker