Isu larangan beg plastik, Kerajaan P. Pinang U-TURN

 

Kerajaan Pulau Pinang U-TURN sementara keputusan melarang penggunaan beg plastik sekali guna berikutan kesan pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) Josephine Tan memberitahu The Star, penggunaan beg plastik meningkat dalam tempoh dua tahun sejak wabak itu melanda berikutan pembelian secara dalam talian.

“Penggunaan beg plastik dan straw minuman meningkat kerana orang ramai membuat tempahan makanan dalam talian sepanjang tempoh ini.

“Ada juga yang bimbang untuk minum menggunakan cawan apabila menjamu selera di kedai makan. Ini menimbulkan cabaran besar dalam usaha kami.

“Kami menggalakkan restoran dan kafe menawarkan alternatif seperti straw kertas, straw buluh atau straw serai dengan memberikan penekanan kepada straw yang mudah reput,” katanya.

Pada Jun lalu, tinjauan kedua PGC mengenai impak perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap sisa buangan di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan dalam pembelian dalam talian dan penghantaran makanan – yang meningkatkan penggunaan plastik sekali guna.

Tinjauan mendapati penggunaan beg plastik, bekas, peralatan makan dan straw minuman meningkat lebih daripada 30 peratus.

Pada masa ini, penggunaan beg plastik dikenakan bayaran RM1 di pelbagai premis di negeri ini daripada Khamis sehingga Ahad.

Manakala pada hari-hari selain itu, beg plastik tidak akan disediakan di premis-premis berkenaan.

Dasar ini dikuatkuasakan di premis seperti pasar raya, gedung serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, stesen minyak dan farmasi. Bagaimanapun gerai penjaja dan peniaga pasar basah tidak diwajibkan mematuhi peraturan berkenaan.

Tiada beg plastik, straw plastik

Tan berkata, semua kedai makan tidak dibenarkan menyediakan straw minuman plastik kepada pengunjungnya.

Bagaimanapun dia menjelaskan pelanggan boleh meminta straw minuman berkenaan sekiranya perlu.

Katanya, penggunaan straw yang mudah reput lebih diutamakan berbanding straw terbiodegrasi kerana ia tidak perlu dikitar semula setelah dibuang.

Pengerusi jawatankuasa alam sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata jawatankuasa itu telah membincangkan langkah mengurangkan penggunaan beg plastik dan tidak memberikan straw minuman plastik kepada pengusaha kafe dan restoran.

“Kami juga memberitahu orang ramai menggunakan straw besi atau straw serai.

“Sebagai teladan, kami juga membawa straw besi dan straw serai untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa ia boleh dilakukan jika kamu menjamu selera,” katanya.

Dia berkata, sesetengah kedai menggunakan straw minuman terbiodegradasi dan beg kertas dalam operasi perniagaan mereka – yang merupakan petanda positif.

Larangan beg plastik dikuatkuasakan pada Julai tetapi kini ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker