Bongkah ais sebesar Rom runtuh

Bongkah ais sebesar Rom runtuh

Bongkah ais sebesar Rom runtuh sepenuhnya di Antartika Timur selepas peningkatan suhu, menurut data satelit.

Ais Conger yang mempunyai luas permukaan anggaran 1,200 kilometer (km) persegi runtuh sekitar 15 Mac, kata saintis pada Jumaat.



Portal The Guardian melaporkan, Antartika Timur menyaksikan suhu tinggi luar biasa minggu lalu dengan stesen Concordia merekodkan suhu -11.8 darjah Celsius pada 18 Mac iaitu melebihi 40 darjah Celsius lebih panas daripada norma musim.

Rekod suhu hasil daripada sungai atmosfera yang memerangkap haba di atas benua itu.

Bongkah ais ialah sambungan kepingan ais yang terapung di lautan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ais di daratan.

Tanpanya, ais di daratan mengalir lebih cepat ke lautan mengakibatkan kenaikan paras laut.



Dr Catherine Colello Walker, seorang saintis bumi dan planet di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) dan Institusi Oseanografi, Woods Hole berkata, walaupun paras ais Conger agak kecil, ia adalah salah satu peristiwa keruntuhan paling ketara di mana-mana kawasan di Antartika sejak awal 2000-an apabila ais Larsen B, hancur.

“Ia tidak akan mempunyai kesan yang besar, kemungkinan besar, tetapi ia adalah tanda apa yang mungkin akan berlaku,” kata Walker.

Ais Conger ‘mengecil’ sejak pertengahan 2000-an, tetapi hanya secara beransur-ansur sehingga awal 2020, kata Walker.

Menjelang 4 Mac tahun ini, bongkah ais kelihatan kehilangan lebih daripada separuh luas permukaannya berbanding ukuran pada Januari iaitu sekitar 1,200km persegi.



Peter Neff, ahli glasiologi dan penolong profesor penyelidikan di Universiti Minnesota berkata, adalah mengejutkan untuk melihat bongkah ais kecil runtuh di Antartika Timur. HM

Bongkah ais sebesar Rom runtuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker