The Rock buat kemunculan pertama di Dubai

‘The Rock’ buat kemunculan pertama di Dubai

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Sebutir berlian gergasi dikenali sebagai The Rock dipamerkan untuk pertama kali di Dubai hari ini, menjelang satu majlis lelongan di mana batu permata itu dianggar berupaya mencatatkan harga jualan mencecah AS$30 juta (RM16.3 juta).

Berlian seberat 228.31 carat (45.662 gram) berbentuk buah pear itu dilombong dan dicanai di Afrika Selatan lebih 20 tahun lalu.

Ia merupakan berlian putih paling besar pernah ditampilkan untuk lelongan, demikian menurut rumah lelongan Christie’s.

Selepas membuat penampilan sulung di Dubai dari 26 hingga 29 Mac ini, The Rock akan berada di Taipei, New York dan seterusnya, Geneva di mana ia akan dilelong pada 11 Mei ini.

“Asia Barat sentiasa menghargai kepentingan batu permata,” kata ketua antarabangsa Christie’s, Rahul Kadakia.

Rekod lelongan sebelum ini untuk berlian tidak berwarna terbesar adalah permata seberat 163.41 carat (32.682 gram) yang dijual mencecah harga AS$33.7 juta (RM141.89 juta) pada November 2017, demikian menurut Christie’s.

Pada awal tahun ini, Sotheby’s di London menjual Enigma yang merupakan berlian potong terbesar pernah dilelong dengan berat 555.55 carat (111.11 gram) pada harga AS$4.3 juta (RM18.1 juta). – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker