Pemandu lori tular lagak samseng didapati positif dadah [VIDEO]

SERDANG – Seorang pemandu lori tular yang ditahan polis kerana bertindak kasar seperti samseng jalanan terhadap pemandu kereta lain di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Bukit Jalil menghala Kuala Lumpur di sini pada Jumaat lalu, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 40-an itu didapati positif dadah jenis methampetamine, ketamin dan amphetamine.

“Kita telah menjalankan SJR itu pada jam 10 pagi, sejam kemudian seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia yang melalui sekatan itu mendakwa pemandu lori berkenaan disyaki telah mengganggu dan berselisih faham dengannya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Anbalagan berkata, pemandu lori itu telah diarahkan untuk berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.

“Namun lelaki itu, cuba meneruskan perjalanan dan enggan berhenti serta bercakap dengan nada suara yang tinggi.

“Akhirnya, kenderaan tersebut dapat diberhentikan setelah dipaksa, pemandunya telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.



Pemandu lori yang bertindak samseng ditahan polis di SJR di Lebuhraya Bukit Jalil pada Jumaat.

Anbalagan berkata, ujian saringan alkohol turut dijalankan, namun didapati pemandu tersebut tidak mabuk.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memohon pemandu Perodua Axia tersebut untuk tampil membuat laporan polis jika ada sebarang perlakuan jenayah oleh pemandu lori itu.



“Kita juga memohon pemilik ‘dashcam’ yang merakam kejadian untuk tampil membantu untuk memberi keterangan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker