Pentadbiran Sabah kini dikenali sebagai kerajaan GRS-BN



Pentadbiran Sabah kini dikenali sebagai kerajaan GRS-BN

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor tidak mempunyai masalah dengan cadangan timbalannya Bung Moktar Radin untuk merujuk pentadbiran negeri sebagai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN).

Malah, Hajiji yang juga pengerusi pro-tem GRS, berkata beliau sentiasa menganggapnya sebagai nama kerajaan gabungan negeri itu.

“Ia adalah cadangan yang baik. Kadangkala, kita memanggilnya dengan nama ‘kerajaan GRS’ tetapi BN sentiasa menjadi sebahagian daripada kerajaan gabungan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah majlis di Tamparuli, hari ini.

“Ini adalah (dipersetujui) sebelum pilihan raya negeri yang lalu bahawa pakatan GRS akan memasukkan BN walaupun ia adalah perikatan lain dan tidak boleh berada dalam GRS.




“Jadi, kini kita akan merujuknya sebagai kerajaan GRS-BN.”

Jumaat lalu, Bung yang juga Ketua BN Sabah berkata, pentadbiran negeri harus dinamakan sebagai kerajaan GRS-BN susulan pendaftaran rasminya, baru-baru ini.

Katanya, ia mencerminkan gabungan sebenar parti yang membentuk kerajaan negeri.

Walaupun BN bukan sebahagian daripada komponen GRS yang kini sudah berdaftar secara rasmi, beliau berkata, partinya kekal menyokong GRS sebagai parti membentuk kerajaan, selain sebagai rakan politik yang menang, pada pilihan raya negeri lalu.

“Tidak adil bagi BN kalau tidak disebut sebagai sebahagian daripada kerajaan,” katanya.




Parti yang didaftar secara rasmi dalam GRS adalah Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Sebelum pendaftarannya, GRS terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), BN dan PBS. Komponen BN terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). FMT

Pentadbiran Sabah kini dikenali sebagai kerajaan GRS-BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Leave a Reply

Your email address will not be published.