Johan gosok baju saya – Ozlynn

Johan gosok baju saya – Ozlynn

PELAKON Ozlynn bersyukur dikurniakan suami yang ringan tulang membantunya melakukan kerja rumah terutama menggosok pakaian.

Ujar pemilik nama penuh Rozlinawaty Ismail itu, dia pernah melalui pengalaman menggosok baju hingga terbakar yang menyebabkannya berasa fobia dan tugas itu diambil alih oleh Johan sejak awal perkahwinan mereka.



Siapa macam saya risau nak gosok baju? Saya pernah gosokkan baju mak, tak tahu apa yang salah sehingga berlubang baju sutera itu. Jadi, saya fobia sampai sekarang.

“Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (Johan) yang akan tolong gosok baju saya.

“Memang kami sudah bincang hal ini sejak dulu lagi, sebelum saya lubangkan baju-baju yang sedia elok, lebih baik dia yang gosok. Sampai sekarang memang Johan yang akan gosok semua baju,” katanya menerusi sebuah video dalam Instagram.

Aktres berusia berusia 43 tahun itu turut mengakui dirinya tidak pandai menggosok baju kerana sudah terbiasa diuruskan bapanya sejak kecil.



“Keluarga saya tidak pandai gosok baju sebab dari kecil abah yang buat semua selain turut mencuci baju serta kasut sekolah kami.

“Abah bekerja sebagai anggota beruniform, jadi dia sangat cerewet dan cukup teliti apabila gosok baju.

“Kesannya, semua anak-anak tidak tahu gosok baju,” ujarnya.

Ozlynn dan Johan atau nama sebenarnya, Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.



Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan enam cahaya mata. HG

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker