Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari

Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan tiada konvoi bantuan kemanusiaannya sampai di utara Semenanjung Gaza sejak 23 Januari.

“Rakan sekerja kami memberitahu tiada konvoi kemanusiaan kami yang sampai ke bahagian utara Semenanjung Gaza sejak 23 Januari.

“Seperti yang anda dengar semalam daripada pesuruhjaya UNRWA (Philippe Lazzarini), terdapat penurunan mendadak dalam jumlah penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric pada sidang media lapor Agensi Anadolu.

Sambil menekankan keperluan untuk lebih banyak pintu masuk dan laluan selamat ke Gaza, Dujarric berkata UNRWA mempunyai bekalan makanan di sempadan dengan Gaza yang mampu memenuhi keperluan sehingga 2.2 juta penduduk di seluruh Semenanjung Gaza.

“Hampir 1,000 trak yang membawa 15,000 tan metrik makanan berada di Mesir dan bersedia untuk bergerak,” katanya. HM

Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker