Pil Paxlovid COVID-19 kini boleh didapati di 3 poliklinik, 20 PHPC

Pil Paxlovid COVID-19 kini boleh didapati di 3 poliklinik, 20 PHPC

Pil COVID-19, Paxlovid kini boleh didapati di tiga poliklinik dan 20 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC), membantu usaha Singapura merawat penyakit itu dalam masyarakat dan bagi mencegah kemasukan ke hospital.

Pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Prof Madya Dr Kenneth Mak, berkata pengalaman klinik itu akan disemak semula sebelum penggunaan ubat itu dipertingkat secara progresif dan dilanjutkan ke klinik lain.

“Doktor baru saja mula memberi ubat itu kepada pesakit dan hanya sebilangan kecil yang sudah meraih manfaat daripada ubat berkenaan sejauh ini.

“(Ubat itu) masih belum memberi kesan ketara kepada jumlah keseluruhan pesakit yang dimasukkan ke hospital bagi jangkitan serius.

“Kami akan terus memantaunya dan melihat jika ada sebarang trend perubahan pada masa depan menyusuli penggunaan terapi antiviral ini,” kata nya pada sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) yang menangani COVID-19.

Dalam pada itu, beliau juga berkata rawatan lain masih digunakan di kemudahan rawatan masyarakat dan juga di hospital setempat.

Namun, ini adalah kurang praktikal dalam persekitaran masyarakat kerana ia perlu diberikan melalui rawatan titisan intravena.

“Kami akan terus menyemak dan melihat sama ada perlu mengubah protokol kami yang membabitkan ubat itu juga,” tambah beliau.

Prof Mak berkata demikian menjawab soalan mengenai keberkesanan Paxlovid dalam mencegah kemasukan ke hospital sejak ia dilancarkan dalam masyarakat.

Ubat Paxlovid oleh Pfizer adalah pil pertama diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk kegunaan di sini.

Data klinikal menunjukkan ia mengurangkan kemasukan pesakit coronavirus ke hospital atau kematian dengan kadar 88.9 peratus apabila diberikan tiga hari sejurus selepas bermulanya gejala.

Kadar keberkesanannya pula ialah 87.8 peratus apabila diberi lima hari selepas simptom bermula.

MOH sebelum ini memberitahu The Straits Times bahawa pesakit di poliklinik dan PHPC yang berisiko mendapat COVID-19 yang teruk dan berada dalam tempoh lima hari bermulanya penyakit layak mendapat Paxlovid. BH

Pil Paxlovid COVID-19 kini boleh didapati di 3 poliklinik, 20 PHPC


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker