Pakar ekonomi kata Sapura mesti dilindungi daripada muflis
PETALING JAYA: Syarikat minyak dan gas yang tenat, Sapura Energy Bhd harus diambil alih oleh syarikat lain dan cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd adalah calon terbaik untuk melakukannya, kata seorang ahli ekonomi.
Ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Barjoyai Bardai berkata, pengambilalihan itu perlu dilakukan kerana majoriti pemegang saham pengurus unit amanah milik kerajaan Permodalan Nasional Bhd (PNB), telah “jelas menunjukkan ia tidak mempunyai pengalaman melabur dalam sektor minyak dan gas”.
Beliau berkata Sapura mesti dilindungi daripada muflis kerana ia telah memperoleh banyak teknologi baharu dan mempunyai kontrak dan operasi antarabangsa di lebih 20 negara.
Sapura mengumumkan mengalami kerugian RM8.9 bilion tahun lalu, yang disifatkan Najib sebagai terbesar dalam sejarah bagi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia.
Najib mencadangkan kerajaan agar kerajaan mengarahkan Petronas atau Khazanah untuk mengambil alih Sapura.
Beliau berkata Petronas masih memerlukan perkhidmatan Sapura untuk projeknya dan mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai sektor itu.
Bagaimanapun, Barjoyai berkata Khazanah adalah calon terbaik kerana Petronas mungkin melihat Sapura sebagai liabiliti pada masa hadapan.
Sementara itu, seorang pakar kewangan yang enggan dikenali atas alasan politik, berkata sektor sektor minyak dan gas Malaysia terlalu tepu dan penggabungan atau pengambilalihan Sapura Energy sudah lama diperlukan.
Katanya, pasaran dan bukannya kerajaan, harus menentukan harga dan memutuskan siapa yang akan mengambil alih syarikat terbabit.
Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Sapura harus diberi pinjaman dengan faedah mudah atau jaminan pinjaman untuk menyelesaikan masalah aliran wang tunainya.
“Perkara yang ‘terlalu besar untuk gagal’ tidak akan berfungsi,” katanya.
“Syarikat itu akan sentiasa bergantung kepada kerajaan jika perlu diselamatkan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
- Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Rider Foodpanda digantung kerja
- Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
- Malaysia Airlines tawar diskaun
- Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
- 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
- Cuba kebas RM123 juta
- Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
- Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.