Pemandu lori kanvas terbang tampil buat laporan

Pemandu lori kanvas terbang tampil buat laporan

SEPANG: Pihak subkontraktor dan pemandu lori yang terbabit dalam kejadian kanvas ‘terbang’ hingga menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal tampil bagi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, mereka hadir ke IPD Sepang bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan memberi kerjasama ketika hadir membuat laporan dan kes masih dalam siasatan.

Katanya, penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabit dalam insiden berkenaan masih belum membuat laporan dan dipercayai warga asing.

“Polis masih mengesan kedua mangsa terbabit bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Video tular berdurasi 45 saat itu antara lain menunjukkan kanvas lori melayang dan ‘membalut’ badan dua individu yang sedang menaiki motosikal sebelum hilang kawalan dan terlanggar tayar treler bergerak laju.

Pemandu lori kanvas terbang tampil buat laporan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker