Abang bomba sebak tanam anak kucing mati diracun

Abang bomba sebak tanam anak kucing mati diracun

JEMPOL – Perasaan pasukan bomba tersentuh apabila mendapat aduan daripada peniaga Gerai Majlis Perbandaran Jempol di Pekan Bahau mengenai empat ekor anak kucing yang mati di belakang gerai, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi semalam, pasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan 11, Fahmi Tan Abdullah berkenaan baharu sahaja habis menjalani latihan kawad dan aktiviti di balai serta berhasrat mahu bersarapan di gerai yang terletak berdekatan.



Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Muhamad Rasul Hashim, sebaik tiba di gerai, peniaga yang juga terkejut dengan kejadian tersebut meminta pertolongan pasukan bomba bagi menanam empat ekor anak kucing berkenaan.

“Pasukan bomba bergegas ke belakang gerai dan mendapati terdapat empat ekor anak kucing yang sudah pun mati dipercayai ternakan racun. Muhamad Rasul mengarahkan anggota untuk mengambil cangkul bagi menanam kesemua anak kucing yang mati berkenaan di kawasan hujung gerai.

“Ini pertama kali kami menerima aduan seperti ini dan berasa agak tersentuh kerana semasa kesemua kucing yang mati diletakkan di dalam tanah yang telah dicangkulkan, terdapat dua ekor kucing dewasa dipercayai si ibu yang menghampiri pasukan bomba seolah-olah mahu melihat kesemua anak kucing berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Muhamad Rasul berkata, kesemua kucing telah selamat ditanam, namun, insiden berkenaan meninggalkan kesan yang mendalam di hati pasukan bomba. K Online



Abang bomba sebak tanam anak kucing mati diracun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker