Benarkah Takdir Seseorang Boleh Berubah?

Benarkah Takdir Seseorang Boleh Berubah?

Terkadang kita mungkin pernah mendengar keluhan suara seseorang tentang nasib untung dirinya yang tidak pernah berubah, walau pelbagai usaha telah dilakukan. Lebih dari itu ada pula yang mengatakan bahawa

“Saya sudah beribadah dengan bersungguh-sungguh, solat, puasa, sedekah dan apa jua amalan ibadah yang lain, namun tetap sahaja saya miskin, fakir dan tidak sebagaimana nasib orang lain. Ah! Mungkin ini yang Allah takdirkan untuk saya. Jadi apalah gunanya saya berusaha lagi.”

Setiap orang mempunyai jalan takdirnya yang berbeza. Ada yang ditakdirkan miskin, “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Ada pula yang dilahirkan terus menikmati segala macam kemewahan tanpa perlu berusaha. Ada yang lahir sihat dan ada yang ditakdirkan sakit. Ada yang cacat, sebaliknya ramai pula sempurna zahir ciptaan Nya.

Bahkan menjadi kemusykilan, mereka yang ingkar dan tidak beriman kepada Allah lebih berjaya dan senang kehidupannya, berbanding mereka yang soleh dan taat mengamalkan syariat Islam.

Mereka bukan sahaja hidup dalam kemiskinan, mereka juga turut ditimpa musibah, derita dan sengsara. Lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin, Syria, Somalia, Burma dan banyak lagi negara-negara Islam.

Apakah memang sudah tertulis bahawa takdir umat Islam akan mengalami derita dan ditindas sepanjang masa, sekalipun mereka mengakui kekuasaan Allah? Mengapa terjadi sedemikian? Bukankah Allah itu Maha Adil sifatnya, Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang kepada hamba Nya?

Apa Itu Takdir?

Mengungkap persoalan tentang takdir, tidak dinafikan ia merupakan perkara yang sulit untuk difahami kerana boleh memberi kesan pada sudut pandang yang positif mahupun juga negatif.

Jika dilihat dari sisi positif, umat Islam akan menjalani kehidupan ini dengan penuh ketenangan, tenteram daripada sebarang masalah, serta terhindar daripada sifat-sifat mazmumah.

Meskipun ia berada dalam kelompok persaingan, ia tetap akan menjalani persaingan dengan cara yang sihat. Di dalam hatinya sudah tersemat kukuh, walau apa pun yang menimpa sama ada baik atau buruk adalah datangnya dari Allah. Allah lebih mengetahui segalanya. Dalam hal ini ia akan menjadi umat yang sentiasa reda dengan segala ketentuan Allah.

Sebaliknya bagi yang melihat dari sudut pandang negatif, sudah barang tentu akan sentiasa menjadikan takdir sebagai alasan untuk dipersalahkan atas penyebab yang berlaku pada dirinya. Ia juga akan mengambil tindakan pasif dengan malas untuk berusaha, serta menyalahkan Allah atas segala sesuatu yang berlaku.

Oleh kerana itu takdir merupakan rahsia Allah dan tidak seorang manusia pun tahu apakah jalan takdirnya, walaupun ia mengatakan bahawa inilah takdirku. Darihal kerahsiaan takdir telah disebutkan Allah dalam firman Nya surah al-An’am: 59,

“Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)”

Merungkai tentang takdir atau juga disebut qada dan qadar sebagaimana yang wajib diimani, menurut Mohd Shahril Abd. Samat, Imam Masjid Jamek al-Khadijiah Pantai Dalam, qada dari sudut bahasanya bermaksud Allah telah meletakkan dan memutuskan sesuatu hukum. Dari sudut syarak qada ialah perkara yang telah diputuskan Allah terhadap makhluknya sama ada menciptakannya, meniadakannya atau mengubahnya.

Qadar pula ialah meletakkan sesuatu pada qadar yang tertentu. Dalam hal ini, definisi yang lebih jelas ialah perkara yang telah ditetapkan qadarnya oleh Allah sejak azali lagi. Di mana sesuatu perkara itu sebelum diwujudkan atau dihidupkan sesuatu, ia telah tertulis di lauh mahfuz merangkumi pelbagai perkara.

Yang pasti Allah sudah menulisnya di situ sehinggakan para malaikat sendiri tidak mengetahui apakah perkara tersebut, hingga Allah menyuruh malaikat untuk merujuknya di lauh mahfuz.

Justeru, qadar ialah meletakkan qadar sesuatu perkara sebelum ia hendak diputuskan agar perkara tersebut berlaku mengikut apa yang telah ditetapkan. Oleh itu urutan yang tepat adalah berlaku qadar terlebih dahulu daripada qada dan kedua-duanya saling melazimi dan bergantung antara satu sama lain.

Pembahagian Qada

Maksud yang paling tepat adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu al-Athir, qadar adalah satu asas atau tapak sesebuah binaan untuk mendirikan rumah atau bangunan.

Manakala qada pula ialah binaan-binaan yang akan dibangunkan seusai tapak binaan disiapkan. Binaan yang bagaimana dan menggunakan konsep apa, itu yang ditentukan oleh qada.

Bermakna, qada itu ditentukan Allah sesuai dengan amalan dan apa jua yang kita usahakan. Ianya tidak lain sebagai menzahirkan kekuasaan Allah dalam menentukan atau menzahirkan kekuasaan Allah terhadap hamba Nya.

Ulasnya lagi, penentuan takdir setiap manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu qada mubram dan qada muallaq. Qada mubram (takdir yang pasti) iaitu ketentuan Allah yang pasti berlaku. Setiap makhluk akan menghadapinya sama ada ia mahu atau tidak. Takdir ini tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun contohnya berkaitan dengan kematian.

Ini sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Anbiya: 35,

“Tiap-tiap manusia yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. turut bersabda,

“Sesungguhnya Tuhanku berkata padaku: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Aku jika sudah menentukan sesuatu, maka tiada seorang yang sanggup menolaknya” (HR Muslim).

Qada Muallaq pula adalah takdir yang digantung atau bersyarat. Ketentuan takdir boleh berlaku dan terjadi dan boleh juga tidak terjadi pada seseorang. Bahkan ia bergantung pada usaha manusia itu sendiri. Qada ini disebutkan dalam surah ar-Ra’du ayat 11,

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Maka itu ujarnya, adalah menjadi kerugian yang besar apabila seseorang itu tidak dapat menerima segala ketentuan yang telah Allah tetapkan. Seolah-olahnya ia tidak yakin dan reda kepada Allah yang hakikatnya adalah semua atas usahanya sendiri. Wallahu a’lam utv

Benarkah Takdir Seseorang Boleh Berubah?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker