Tugas polis semakin kompleks – PM

Tugas polis semakin kompleks – PM

Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani kes jenayah semakin kompleks dengan pengwujudan teknologi dan pelbagai aplikasi media sosial yang disalahgunakan untuk perbuatan jenayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail sabri berkata, berikutan itu kerajaan prihatin terhadap keperluan pasukan polis untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi dan membanteras kejadian jenayah.

Katanya, ini kerana soal keselamatan bukan perkara yang boleh dipandang remeh.



“Semua ini menuntut PDRM menanganinya secara tegas, strategik dan berkesan demi memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.

“Kerajaan berpuas hati dengan tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan yang ditunjukkan oleh anggota PDRM dalam memikul amanah, termasuk dalam menangani ancaman militan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Polis ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.

Hadir pada majlis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamed Ismail Said; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.



Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, tugas menjaga keamanan negara tidak sepatutnya diletakkan atas bahu pasukan keselamatan seperti PDRM sahaja, namun masyarakat perlu berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengurangkan kegiatan jenayah dan membanteras usaha mereka yang cuba menggugat kedaulatan negara dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan menghargai peranan yang dimainkan oleh PDRM sebagai barisan hadapan ketika penularan Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Tambah beliau, walaupun hampir seluruh kekuatan jentera pasukan telah dikerahkan untuk penugasan Op Covid-19, pasukan keselamatan itu tetap komited dalam mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dan mengekalkan keharmonian masyarakat serta keamanan negara.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang sanggup mengetepikan kepentingan diri, berhujan panas, memerah keringat dan mendedahkan diri kepada risiko jangkitan dan bencana.



“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PDRM atas segala khidmat bakti, keringat dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan dan menjaga keamanan negara ini.

“Sesungguhnya, dedikasi dan khidmat bakti warga Sang Saka Biru akan terus dihargai dan dikenang oleh negara dan seluruh Keluarga Malaysia,” ujarnyanya.

Kata Perdana Menteri, dengan pengalaman selama 215 tahun telah menjadikan PDRM sebuah agensi penguatkuasa utama negara yang matang dan amat komited dalam memikul mandat dan tanggungjawab. MG

Tugas polis semakin kompleks – PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker