KDN mahu bentang semula usul lanjutkan subseksyen Sosma

KDN mahu bentang semula usul lanjutkan subseksyen Sosma

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dijangka membentangkan semula usul untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 – atau Sosma – sekali lagi.

Langkah itu diambil selepas blok kerajaan gagal mendapat sokongan mencukupi bagi meluluskannya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Subseksyen itu membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan ke majistret. Ia dijadualkan luput pada 31 Julai 2022

“Saya sedang lihat bagaimana kami dapat bentangkan semula. Kami kesuntukan masa.

“(Sesi) Ogos terlalu lewat kerana ia sudah luput. Kerajaan kena lihat bagaimana untuk melakukannya,” kata Hamzah seperti dipetik The Star.

Tambah ahli parlimen Larut itu, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan pegawai perundangan untuk menentukan langkah seterusnya.

Pada Rabu, semasa perbahasan di Dewan Rakyat, Hamzah bersetuju ada beberapa aspek dalam undang-undang itu harus disemak semula untuk ditambah baik, terutamanya dari segi hak asasi tahanan.

Misalnya, pembezaan hari maksimum penahanan seseorang suspek di bawah Sosma mengikut jenis kesalahan yang ia disiasat.

Namun, Hamzah berkata semakan atas beberapa perkara yang dibangkitkan pembahas boleh dibincangkan kemudian, dan meminta perwakilan meluluskan dahulu lanjutan subseksyen berkenaan pada hari itu.

Namun, usaha Hamzah gagal apabila hanya 85 ahli parlimen menyokong, berbanding 86 yang tidak bersetuju. Seramai 49 lagi tidak hadir. Mk

KDN mahu bentang semula usul lanjutkan subseksyen Sosma


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker