BN tak pernah ketepi Pulau Pinang – Najib

BN tak pernah ketepi Pulau Pinang – Najib

Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengetepikan Pulau Pinang selepas kehilangan negeri itu kepada Pakatan Harapan (PH), kata bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Pada masa lalu, katanya, kerajaan persekutuan BN mengurangkan hutang Pulau Pinang sebanyak 95% melalui penstrukturan semula, memberi RM1.2 bilion untuk mengembangkan empangan dan membina lintasan kedua bagi memacu ekonomi di Seberang Perai.

“Untuk majukan Pulau Pinang, satu prinsip yang amat penting adalah kena ada hubungan yang rapat dengan kerajaan pusat.

“BN tak pernah ketepikan Pulau Pinang walaupun masa itu bawah pembangkang. Yang penting (adalah kami) melaksanakan dasar yang adil pada semua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib berkata, ramai rakyat Pulau Pinang menyedari mereka “tertipu” kerana banyak janji tidak ditunaikan oleh PH.

“Saya dapat lihat sudah ada kesedaran akan masa depan Pulau Pinang ini lebih terjamin kalau BN dapat memimpin,” katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang yang kedua hari ini.

Dalam ucaptamanya, Najib membincangkan rancangan penambakan Pulau Pinang, yang menurutnya “megah”, dengan berkata ia tidak akan mendatangkan kebaikan bagi alam sekitar.

Katanya, padang rumput laut di Teluk Kumbar, di mana projek penambakan tiga pulau sedang dirancang, tidak dapat diganti kerana ia adalah tapak perikanan penting dan sumber protein bagi golongan berpendapatan rendah.

“Sekuriti makanan bukan sahaja melibatkan pemeliharaan sawah padi tetapi juga dalam memulihara pelbagai sumber makanan,” katanya.

Sementara itu, Najib menggalakkan orang Melayu belajar bahasa seperti Mandarin, Kantonis dan Hakka untuk meningkatkan hubungan perniagaan dengan China.

“Bagi orang Cina Malaysia, sudah tiba masanya mereka mahir dalam bahasa kepulauan Melayu supaya kita tidak terlepas Indonesia, kawasan pertumbuhan seterusnya di rantau ini.

“Pada masa sama, ia akan mengukuhkan integrasi dan perpaduan nasional.”

Dalam lawatan dua harinya ke Pulau Pinang, beliau dijangka menyantuni masyarakat Cina tempatan di pulau dan Seberang Perai, kemudian bertemu jawatankuasa perhubungan Umno negeri. FMT

BN tak pernah ketepi Pulau Pinang – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker