Wanita dilapor dirogol secara bergilir lima lelaki warga Afrika terima akibat
Serdang: Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol secara bergilir lima lelaki warga Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah akibat penipuannya itu.
Perbuatan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, wanita itu pada mulanya membuat laporan polis pada 7.30 petang, 1 Februari lalu.
“Berdasarkan laporan, dia mendakwa disamun dan dirogol semasa berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan.
“Lima lelaki warga Afrika dikatakan mengambil barang milik pengadu dan merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bertindak atas maklumat kejadian itu, polis menjalankan siasatan dan hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol terhadap pengadu.
Malah, Anbalagan berkata, pengadu turut dibawa ke lokasi dan dia gagal menunjukkan tempat dan bagaimana kejadian berlaku selain tidak dapat mengecam wajah kesemua suspek yang dikatakan terbabit kejadian itu.
“Siasatan lanjut dilakukan mendapati terdapat keraguan terhadap laporan polis yang dibuat.
“Pada peringkat awal siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Namun selepas kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya (TPR), pengadu akan didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama kerana membuat laporan palsu,” katanya.
Berikutan itu, katanya, wanita terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, esok.
Katanya, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu membuat laporan palsu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa
You must be logged in to post a comment.