PAS kata tidak perlu tergesa-gesa bentang RUU antilompat parti

PAS menyatakan sokongan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin supaya rang Undang-undang (RUU) antilompat parti tidak dibentangkan dengan “tergesa-gesa.”

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata semua pihak sama ada DAP atau pembangkang perlu duduk bersama untuk memperhalusi RUU tersebut sebelum dibentangkan.

“Saya rasa ini (RUU antilompat parti) perlu diperhalusi di peringkat jawatankuasa perunding, sebab saya fikir semua pihak harus jelas apa akta yang nak dibentang, apa kelompongan yang ada. Kita kena lengkapkan dahulu.

“Saya fikir sama ada DAP, mana-mana pihak daripada pembangkang perlu duduk bersama untuk diperhalusi dan mana-mana kekurangan perlu dilengkapkan sebelum kita bentang,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Semalam Hamzah menyarankan supaya RUU antilompat parti diperincikan dengan memberikan definisi lebih tepat berhubung terma lompat parti sebelum dibentang di Dewan Rakyat.

Antaranya kata setiausaha agung Bersatu itu, status seseorang wakil rakyat yang dipecat kerana melawan ketua parti.

Untuk rekod semasa menjadi pembangkang PAS adalah antara parti yang menyuarakan gesaan agar akta antilompat parti diperkenalkan.

 

Ada keperluan kritikal

Pada Sept 2018 Tuan Ibrahim berkata PAS mahu kerajaan segera menggubal undang-undang antilompat parti “bagi memelihara integriti dan kesetiaan” wakil rakyat kepada parti masing-masing.

Dia juga mahu kerajaan – ketika itu Pakatan Harapan – menggubal undang-undang agar tiada wakil rakyat mengosongkan kerusi mereka sewenang-wenangnya bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

“Kedua-dua undang-undang itu perlu digubal segera bagi memelihara kepentingan rakyat yang telah mengundi mereka pada pilihan raya yang lalu atas dasar kepercayaaan dan kesetiaan kepada parti,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga menteri alam sekitar dan air turut mengakui RUU antilompat parti itu perlu banyak diperhalusi.

“Contohnya katalah seseorang itu menang atas tiket bebas, kemudian dia mahu menyertai mana-mana parti, apakah itu dikategorikan lompat parti sebab dia asalnya tak ada parti.

“Atau lebih kritikal lagi, katalah selepas pilihan raya tiba-tiba tak ada satu parti yang boleh menubuhkan kerajaan kerana tak cukup dua atau tiga kerusi.

“Apakah kita terpaksa buat pilihan raya semula dengan kosnya sekali,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, kerajaan turut memberi jaminan bahawa RUU antilompat parti itu akan dilaksanakan kerana ia merupakan komitmen bersama pihak pembangkang.

“Kami akan laksanakan cuma perincian itu perlu diperhalusi supaya tidak merugikan mana-mana pihak, sebab manfaat besar ialah kita nak satu sistem politik yang stabil dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya semalam.

PAS kata tidak perlu tergesa-gesa bentang RUU antilompat parti

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker