Android TV Box tidak diperakui MCMC, peniaga didenda mahkamah
KUALA LUMPUR – Seorang peniaga didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Rabu selepas mengaku bersalah menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Hakim M M Edwin Paramjothy turut memerintahkan Khor Ooi Heong, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Lelaki itu membayar denda berkenaan.
Ooi Heong didakwa menjual tiga unit Android TV Box jenama Tian Mau yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 di Menara Uncang Emas di sini, pada 11.40 pagi, 9 Julai 2020.
Dia didakwa di bawah Peraturan-Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16 (3) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Ooi Heong yang tidak diwakili peguam merayu denda yang rendah dengan alasan dia mempunyai tanggungan isteri serta anak pertamanya mempunyai penyakit kanser mata selain memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.
Pegawai Pendakwa dari MCMC, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim memohon hukuman setimpal bersifat pengajaran terhadap OKS dengan mengambil kira faktor kepentingan awam. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa