PM dan menteri UMNO berjaya membawa kehendak MKT dalam kerajaan
Adalah tidak benar jika dikatakan kedudukan Perdana Menteri dan wakil-wakil UMNO dalam Kerajaan Persekutuan pada masa ini masih tidak cukup kuat. Ini kerana enam kehendak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada awal pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri telah dipenuhi dan tentunya dengan persetujuan jemaah menteri (kerajaan) juga.
Berikut adalah enam panduan utama yang diberikan oleh MKT UMNO kepada Perdana Menteri hasil mesyuarat pada 27 Ogos 2021:
Menyahut titah saranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti bagi bersama-sama menangani kemelut ekonomi, pandemik Covid-19 dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan baharu ini hendaklah segera memfokuskan usaha untuk menangani pandemik dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan virus.
Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambahbaikan pakej-pakej bantuan rakyat seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara sekali beri (one-off) dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik.
Kerajaan terus menggunakan jenama Keluarga Malaysia dan tidak lagi menggunakan penjenamaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Kerajaan hendaklah mempertahankan peranan dan sistem demokrasi berparlimen sebagai wahana semak dan imbang.
Penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan yang dilakukan oleh Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi-institusi Peguam Negara, kehakiman dan keselamatan.
Perdana Menteri telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021. Sejak MoU itu ditandatangani, beberapa akta dan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan di Parlimen dengan sokongan pembangkang. Rakyat boleh merasai adanya kestabilan politik dan kerajaan walaupun kadangkala di Dewan Rakyat suasananya macam sarkas.
Pelik pulak rasanya bila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan PH bersetuju menandatangani MoU dengan Kerajaan Persekutuan mempunyai muslihat tertentu untuk menghancurkan UMNO dan BN. Bukankah MoU yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan PH itu bersesuaian dengan tujuan panduan pertama MKT UMNO kepada Perdana Menteri?
Kehendak UMNO supaya kerajaan pimpinan Ismail Sabri meluluskan pengeluaran RM10,000 daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun sudah dipenuhi.
PRESTASI
Kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula, UMNO hanya ada 17 peratus representasi dalam Parlimen, tidak cukup kuat atau tidak dominan. Mungkin Mohamad tidak sedar, walaupun UMNO ada hanya 17 peratus wakil dalam Parlimen, UMNO ada 11 wakil atau 34 peratus representasi dalam jemaah menteri termasuk memegang jawatan Perdana Menteri. Ini dua kali ganda.
Mohamad dalam ucapan perasmian di Perhimpunan Agung sayap-sayap UMNO juga berkata: “Sorry to say, dengan izin, prestasi kita dalam kerajaan tidak menunjukkan keyakinan yang diharapkan. Saya faham dan saya akui, ada yang mencuba dan melakukan sehabis baik. Betul. Tetapi hasilnya tidak menyerlah.”
Sejauh mana benarnya kenyataan Mohamad ini mengenai prestasi kerja menteri-menteri UMNO dalam jemaah menteri? Dengan 17 peratus representasi dalam Parlimen dan 34 peratus dalam jemaah menteri pun UMNO sudah mampu membuat banyak perkara kepada rakyat termasuk memenuhi tuntutan atau kehendak MKT UMNO sendiri.
Sehingga hari ini, Mohamad belum menjawab pertanyaan balas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mahdzir Khalid terhadap dakwaan yang dibuatnya ini, iaitu prestasi menteri UMNO yang mana satukah belum memuaskan hati beliau? Mohamad tentunya sedar dan faham bahawa share UMNO dalam Kerajaan Persekutuan tidaklah besar, hanya 34 peratus dan UMNO tidak mendominasi jemaah menteri, tetapi dia mahu Perdana Menteri membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri mesti mendapatkan persetujuan jemaah menteri terlebih dahulu sebelum memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Jadi, Ismail Sabri perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada 66 peratus ahli jemaah menteri yang lain.
Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak permohonan Perdana Menteri kerana pembubaran Parlimen atas budi bicara Seri Paduka. Ini peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pembubaran Parlimen bukan satu perkara yang mudah. Sebelum 2018 mungkin UMNO boleh berbuat begitu bila-bila masa sebab BN adalah Kerajaan Persekutuan tanpa berkongsi kuasa dengan gabungan parti-parti politik yang lain.
Hari ini BN berkongsi kuasa dengan PN, GPS, PBS dan Bebas untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang dijenamakan sebagai kerajaan Keluarga Malaysia.
Pada Ahad lalu, wakil GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kerja Raya dilaporkan berkata: “Fokus kita sekarang adalah memulihkan ekonomi dan kewangan negara sehingga kita mengukuhkan keadaan negara, rakyat berada dalam keadaan lebih baik, krisis kesihatan (pandemik Covid-19) ini dapat dijaga, baharu kita lihat kepada pilihan raya umum (PRU).”
GPS menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang diadakan pada 18 Disember 2021. GPS menang 72 daripada 86 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Bukan UMNO-BN sahaja yang menang besar di PRN Melaka dan Johor. GPS malah menang lebih besar dalam PRN Sarawak, namun pemimpin GPS nampak lebih cerdik bila mereka tidak menggesa PRU15 diadakan segera. – UTUSAN
PENULIS ialah bekas Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri
You must be logged in to post a comment.