PH “Double Standard” Definasikan Bankrap

Oleh Nurul Aishah

KALAU tidak menipu dan berbohong itu bukan parti Pakatan Harapan(PH). Lagu tersebut semakin kuat terngiang-ngiang di telinga kita. Malah rakyat pun sudah tahu betapa sinonimnya PH dan penipuan.

Mengimbau bagaimana kuatnya PH melaungkan kerajaan Barisan Nasional sebagai bankrap ketika hutang kerajaan sebanyak RM686.8 bilion dengan nisbah hutang kepada KDNK sekitar 48.7%. Kini hutang kerajaan adalah RM979.8 bilion namun langsung tidak kedengaran suara pemimpin-pemimpin PH mendakwa negara sudah bankrap.

Masihkah kita ingat, dalam usaha PH memfitnah BN, mereka menukar cara pengiraan hutang dengan menambah jaminan kerajaan serta liabiliti jangka masa panjang kerajaan sehingga tahun 2040. (Bayangkan sewa rumah kamu sehingga tahun 2040 diambil kira sebagai hutang kamu) sehingga nilainya cecah RM1 trilion.

Hakikatnya tiada negara dalam dunia menggunakan kaedah ini untuk mengira hutang. Ini sekadar propaganda PH mahu menipu rakyat dan menganiaya Datuk Seri Najib sahaja.

Kemudian PH menggunakan alasan hutang RM1 trilion yang direka cipta mereka untuk menjual aset negara yang memberi pulangan baik, menjarah rizab-rizab kerajaan dan Petronas serta mengurangkan bantuan rakyat.

Namun hari ini, hutang kerajaan benar-benar telah cecah RM1 trilion dengan nisbah hutang sebanyak 63.4% – kenaikan yang amat dashyat sekali dalam tempoh yang begitu pendek. Kenaikan melebihi RM320 bilion. PH tidak mahu tuduh lagi negara sudah bankrapkah?

Kini rakyat telah sedar siapa PH yang sebenarnya. Itu juga yang mendorong rakyat menolak PH dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, Melaka dan Johor. Akhirnya rakyat sedar hanya Barisan Nasional sahaja mampu menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan ekonomi negara serta menberi kestabilan politik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker