Pembangkang pertikai cadangan Kedah eksport ketum
Pembangkang pertikai cadangan Kedah eksport ketum
ALOR SETAR: Pembangkang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang mencadangkan agar ketum dibenarkan dieksport ke Thailand kerana ia dianggap bertentangan usaha membanteras kegiatan perjudian.
Tan Kok Yew (PH-Derga) berkata, cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenainya dilihat sebagai sesuatu yang menghairankan kerana ia dikatakan dapat membanteras kegiatan penyeludupan tanaman itu di sempadan negara.
Jelasnya, cadangan itu adalah berbeza apabila kerajaan negeri turut bertindak enggan mengeluarkan lesen judi kepada premis perjudian sehingga menyebabkan kegiatan judi tidak berlesen berleluasa di Kedah.
“Judi adalah haram bagi orang Islam. Ini adalah fakta dan tiada siapa boleh persoalkan. Malah, kami dari DAP juga faham dan pertahankan judi adalah haram untuk orang Islam. Tetapi bagi bukan Islam dan di negara kita, judi tidak salah melainkan ia adalah judi tanpa lesen.
“Dalam isu judi di Kedah, Menteri Besar menghentikannya atas alasan judi bukan sesuatu yang baik. Oleh itu daripada semua premis judi berlesen di Kedah dahulu, kini terjadi pula aktiviti judi tidak berlesen yang muncul kerana judi berlesen dihentikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Sultan Kedah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Kok Yew turut meminta penjelasan kerajaan negeri sama ada terdapat jaminan tidak akan berlaku salah guna ketum dalam kalangan masyarakat sekiranya cadangan mengeksportnya dilaksanakan.
“Kita faham bahawa Menteri Besar memikirkan kedudukan ekonomi negeri, tetapi tidak adakah perkara lebih baik seperti pernah diumumkan sebelum ini?
“Dua tahun lalu Menteri Besar umum bahawa kerajaan meluluskan permit meneroka mineral baharu ‘rare earth elements’ (REE) di Sik yang dianggar bernilai RM62 bilion. Berapa keuntungan kerajaan negeri sudah dapat daripadanya?” katanya. BH
Pembangkang pertikai cadangan Kedah eksport ketum
Baca Artikel Menarik:
- Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
- Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana
- Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu
- Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta
- Isteri Ng wujud syarikat samaran, ‘cuci’ wang ‘berjuta dolar’ daripada Jho Low
- Calon ketua Pemuda PKR? Mana Adam menghilang selama ini?
- Tuduhan dipecat, Anwar bela Farhash
- Tolong maafkan Zul – Ruhainies
- German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza
- Tyson tuntut RM4.2 bilion jumpa YouTuber
- Aksi panas, itu bukan saya – Siti Khadijah
- Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang
Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri
You must be logged in to post a comment.