Farhash sedia beri laluan Saifuddin untuk jawatan timbalan presiden PKR

Farhash sedia beri laluan Saifuddin untuk jawatan timbalan presiden PKR

Teka-teki apakah bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR pada Mei, akhirnya terjawab.

Bercakap kepada Malaysiakini, Farhash berkata dia sedia memberi laluan kepada Saifuddin Nasution Ismail, sekiranya setiausaha agung PKR itu bertanding jawatan kedua tertinggi parti.

“Saya memberi dukungan dan laluan kepada saudara Saifuddin Nasution untuk bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya beliau berhasrat untuk bertanding jawatan tersebut.

“Sekiranya Saifuddin bertanding (timbalan presiden) maka saya akan bertanding naib presiden,” katanya.

Bekas pengerusi PKR Perak itu bagaimanapun berkata jika tiada saingan diberikan untuk jawatan timbalan presiden, dia bersedia sepenuhnya mencabar Rafizi Ramli.

Sebelum ini, ketiga-tiga pemimpin utama PKR itu dijangka akan berentap dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan timbalan presiden.

Saifuddin dijangka akan membuat pengumuman berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Jawatan timbalan presiden masih tidak diisi selepas penyandangnya Mohamed Azmin Ali meninggalkan PKR menerusi ‘Langkah Sheraton’ pada Feb 2020 yang menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan memerintah negara.

Rafizi yang merupakan bekas ahli parlimen Pandan tewas dalam saingan merebut jawatan timbalan presiden kepada Azmin pada pemilihan PKR pada 2018.

Meskipun tewas, dia dilantik sebagai naib presiden namun kemudian mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik.

Sehinggalah baru-baru ini Rafizi mengumumkan akan kembali menyertai gelanggang politik selepas kegagalan PH dalam empat pilihan raya negeri, dengan yang terbaru di Johor.

Perkembangan terbaru itu mendorong Saifuddin mengeluarkan kenyataan bahawa ketika berlaku pengkhianatan dalam PKR, ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang memilih untuk bercuti.

Rafizi sebelum ini dilihat sebagai pemimpin PKR yang lantang dan pernah beberapa kali mengkritik secara terbuka keputusan yang dibuat parti itu.

Tidak akan bercuti

Dalam pada itu, Farhash memberitahu dia tetap akan berjuang bersama PKR tanpa mengira keputusan pemilihan pada Mei ini.

“Saya ini bukan jenis suka merajuk atau meninggalkan kawan ketika susah.

“Bagi saya, PKR merupakan parti yang demokratik yang memberi peluang sama rata kepada semuanya.

“Apapun keputusan pemilihan nanti, saya tetap bersama parti dan turun ke lapangan untuk memperkukuhkan parti. Saya tidak sesekali mengambil cuti,” katanya. dipercayai merujuk langkah yang diambil Rafizi sebelum ini. Mk

Farhash sedia beri laluan Saifuddin untuk jawatan timbalan presiden PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker