Agong zahir ucapan tahniah kepada Tony Fernandes
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes atas kejayaan dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik pada majlis Anugerah Aviation 100 Asia Pasifik 2023 oleh Airline Economics di Singapura, baru-baru ini.
Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut laman Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga serta menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada Tony Fernandes sebagai antara individu dan rakyat Malaysia berprestasi tinggi dalam industri penerbangan di rantau Asia Pasifik, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Titah Seri Paduka Baginda pengiktirafan itu juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Tony Fernandes dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” menurut hantaran itu.
Tinjauan pendapat “Aviation 100” ialah proses yang komprehensif dan menyeluruh sepanjang tahun yang terdiri daripada undian khusus serantau dan terkenal dengan kredibilitinya dalam mengenal pasti tokoh paling luar biasa dalam kewangan, pajakan dan undang-undang, bersama-sama dengan eksekutif tertinggi daripada syarikat penerbangan terkemuka.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis
- Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna
- Pelajarku, suamiku
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Fazura nafi kenyataan Neelofa
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?
You must be logged in to post a comment.