Covid-19: 17,828 kes baru direkodkan semalam, 21 BID

 

COVID-19 | Sebanyak 17,828 lagi kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 4,010,952.

Jumlah kes aktif pula pada ketika ini ialah sebanyak 263,822, menurun 13.9 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Berikut adalah Jumlah kes baru berdasarkan pecahan negeri:

Selangor: 6,941
Kuala Lumpur: 1,433
Kedah: 1,402
Pulau Pinang: 1,310
Johor: 1,088
Perak: 1,015
Sarawak: 813
Pahang: 771
Terengganu: 738
Kelantan: 608
Negeri Sembilan: 595
Melaka: 422
Sabah: 416
Perlis: 104
Putrajaya: 100
Labuan: 72

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 63 lagi kematian dilaporkan, dengan 21 daripadanya ialah kes meninggal dunia semasa dibawa ke kemudahan kesihatan (BID).

Mengikut pecahan negeri, kematian akibat wabak itu yang direkodkan KKM ialah: Johor (14), Selangor (13), Perak (12), Kedah (4), Pulau Pinang (3), Sarawak (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Sabah (2), Terengganu (2), dan masing-masing seorang di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Labuan.

Sejak minggu lalu secara purata 80.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 71.8, dan ia menunjukkan pola yang meningkat.

Sebanyak 1,714 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 pada bulan ini berbanding 771 orang maut akibat wabak tersebut pada bulan lepas, dan 491 pada Jan..

Sebanyak 6,883 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 358 daripadanya sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker