‘PKR tak boleh tangguh pemilihan kerana Anwar perlukan timbalan’



Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menegaskan parti itu tidak boleh menangguhkan pemilihannya sehingga selepas pilihan raya umum akan datang kerana Presidennya Anwar Ibrahim memerlukan seoramh timbalan.

Saifuddin berkata PKR kini tidak mempunyai timbalan presiden manakala hanya tiga daripada tujuh naib presiden yang aktif pada masa ini.

Justeru menurut anggota parlimen Kulim-Bandar Bahru itu, dia dan Anwar mengambil alih peranan yang sepatutnya sudah diamanahkan.

Antara lain, Saifuddin berkata dia kini dilonggokkan dengan jawatan sebagai setiausaha PH, merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan ahli jawatankuasa pemandu rundingan dengan kerajaan.

“Bayangkan sebuah kereta yang sepatutnya mempunyai lapan piston tetapi kini berjalan dengan empat.




“Berapa laju kereta itu boleh pergi,” soal Saifuddin ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan PKR cabang Tanjung Karang semalam.

PKR memilih empat naib presiden semasa pemilihan parti. Daripada empat yang dipilih pada 2018, hanya Tian Chua yang kekal aktif.

Dua naib presiden yang dipilih, Dr Xavier Jeyakumar dan dan Zuraida Kamaruddin masing-masing meninggalkan PKR pada 2020 dan 2021.

Selain itu, Nurul Izzah Anwar pula meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR pada Disember 2018.

Peraturan parti membenarkan presiden melantik tiga naib presiden, yang mana hanya Chang Lih Kang dan Dr Michael Teo yang aktif.




Saifuddin berkata peraturan parti tidak membenarkan Anwar melantik lebih ramai naib presiden atau timbalan presiden kerana jawatan itu mesti diisi melalui pemilihan.

Tambahnya, adalah tidak adil untuk mengharapkan Anwar memimpin parti tanpa bantuan yang mencukupi di peringkat pimpinan tertinggi.

“Kita mengharapkan beliau memimpin parti, mengetuai gabungan, berkhidmat sebagai ketua pembangkang, membaiki parti dan menjelajah negara.

“Anda nak dia buat begitu (seorang) sahaja,” tanya Saifuddin.

Sebagai rekod PKR sepatutnya mengadakan pemilihan kepimpinannya pada November lalu tetapi ia ditangguhkan sehingga Mei 2023.




Keputusan berkenaan dibuat pada Jun tahun lalu, bertepatan dengan kewujudan gelombang varian Delta Covid-19.

Sehubungan itu, PKR menetapkan pencalonan untuk pemilihan baru akan diadakan pada 9 April dan pengundian akan berlangsung mulai 13 Mei.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Leave a Reply

Your email address will not be published.