Zahid beri bayangan Ismail calon PM PRU15, minta ‘jangan tunggu lama’ bubar Parlimen

Zahid beri bayangan Ismail calon PM PRU15, minta ‘jangan tunggu lama’ bubar Parlimen

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Ismail Sabri Yaakob akan terus dicalonkan menerajui kerajaan jika Umno-Barisan Nasional memenangi PRU15.

Pada masa sama, Zahid menggesa Ismail “jangan tunggu lama-lama” bagi membubarkan Parlimen untuk PRU15 diadakan.



Beliau berkata demikian ketika penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), petang tadi.

Pada sidang media kemudiannya, Zahid menjangkakan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU15 sebelum atau selepas Julai ini, tetapi menegaskan perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan Ismail untuk menentukannya.

Katanya, tempoh itu berkait perjanjian kerjasama yang diikat dengan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang akan luput akhir Julai ini.

“Umno tidak menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen kerana menghormati keputusan Kabinet yang dianggotai pelbagai parti selain Barisan Nasional (BN).



“Kami memahami peraturan dan Perlembagaan kerana Perdana Menteri perlu bawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ketika penggulungan PAU, Zahid berkata dirinya tidak dengki dengan pelantikan Ismail sebagai Perdana Menteri Ogos lalu dan berkata Mohamad Hasan (Timbalan Presiden Umno) mungkin lebih sesuai menjadi calon PM Umno-BN pada PRU seterusnya.

“Kalau Tok Mat (Mohamad Hasan) hendak, tunggulah. Saya dan bosku (Najib Razak) sudah terima hakikat bahawa rezeki tidak pernah salah alamat.

“Saya fikir kalau rezeki Tok Mat mungkin selepas pilihan raya ke-16, mungkin rezeki tak salah alamat. Yang selalu salah alamat, rezeki bosku dan saya sajalah. Oleh itu saya dan bosku reda,” katanya.



Menurut Zahid, beliau sendiri mencadangkan nama Ismail sebagai Perdana Menteri malah Majlis Kerja Tertinggi Umno memutuskan meletakkan hanya nama beliau untuk jawatan itu. FMT

Zahid beri bayangan Ismail calon PM PRU15, minta ‘jangan tunggu lama’ bubar Parlimen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker