Pemilihan Umno hanya diadakan 6 bulan selepas PRU15 – Tok Mat
Pemilihan Umno hanya diadakan 6 bulan selepas PRU15 – Tok Mat
Perhimpunan Agung Umno bersetuju pemilihan parti ditangguh selama enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP) bagi mengelak sebarang isu yang tidak diingini.
“Selaku pengerusi jawatankuasa pengurusan, saya perlu mengambil tindakan untuk memastikan apa yang sudah diputuskan ini akan digerakkan dan diambil segala tindakan segera.
“Keputusan yang paling besar sekali yang perlu dibuat segera adalah pemilihan parti akan ditangguhkan enam bulan selepas PRU atau dalam jangka masa enam bulan. Itu satu keputusan besar,” katanya.
Mohamad berkata langkah itu diambil kerana beliau khuatir ia bakal berdepan kekangan kerana JPPM terletak di bawah ‘kuasa’ menteri bukan daripada Umno.
Mengulas sebab mengapa penangguhan itu diperlukan, Mohamad berkata, jika ia tidak diluluskan, maka ditakuti akan jadi bibit perpecahan dalam parti.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak berlaku perselisihan yang memungkinkan ahli parti akan berpecah-belah dan berlaku kerosakan dalaman sehingga memerlukan pilihan raya berlangsung sekali lagi.
“Jika ini dapat kita lulus, masalah selesai kerana kita bimbang menghadapi PRU selepas pemilihan parti diadakan.
“Sejarah menunjukkan jelas apabila ada pemilihan parti, maka ada perpecahan. Jangan menidakkan perkara ini. Kita tidak mahu parti dalam keadaan tidak baik, bergeseran antara satu sama lain dan berpecah hingga alami pilihan raya lagi.
“Kita tak mahu perpecahan parti, mesti kukuh menghadapi musuh untuk kita tentang. Jangan kita pandang ringan musuh nak jatuhkan kita. Kali ini jika kita jatuh sekali lagi memang susah. Jadi pertahankan maruah dan memartabatkan parti kita,” katanya.
Mengulas tarikh sesuai pembubaran Parlimen, Mohamad berkata, perkara itu memang menjadi perbincangan antara pemimpin tertinggi parti, tetapi tidak ditonjolkan secara terbuka.
“Kami berlima selalu duduk berbincang di rumah, pergi ke yayasan malah kadang-kadang duduk (bincang) ketika makan mi goreng. Kami sebenarnya rapat menguruskan parti,” katanya.
Pada Jun lalu, Umno membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan. Susulan itu, kepimpinan parti membayangkan pemilihan parti berkemungkinan diadakan penghujung tahun ini. FMT
Pemilihan Umno hanya diadakan 6 bulan selepas PRU15 – Tok Mat
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.