Jadi PM: Rezeki tak pernah salah alamat – Zahid

Jadi PM: Rezeki tak pernah salah alamat – Zahid

Ahmad Zahid Hamidi berkata dia tidak pernah berasa cemburu kepada Ismail Sabri biarpun naib presiden itu yang menjadi perdana menteri di sebalik jawatannya sebagai naib presiden parti saja.

Bahkan, kata Ahmad Zahid, dia dan Najib Razak sentiasa reda serta menerima hakikat belum lagi direzekikan untuk memimpin negara.



Justeru presiden Umno itu berkata Umno sepatutnya berasa beruntung apabila naib presiden mereka kini dilantik menjadi perdana menteri.

“Cuma jangan cemburulah beliau (Ismail Sabri) jadi PM (perdana menteri). Saya tak pernah jelous, sebab sayalah yang mencadangkan beliau jadi PM.

“Bosku (Najib) dengan saya, kami terima hakikat,” katanya semasa memberikan ucapan penggulungan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, semua orang perlu ingat bahawa “rezeki tidak pernah salah alamat” dan apa yang ditakdirkan pasti akan berlaku juga pada ketikanya.



“Yang selalu ‘salah alamat’, rezeki Bosku dengan rezeki saya…

“Tak apa, Bosku dan saya kita reda,” katanya.

Secara bergurau ahli parlimen Bagan Datuk itu sempat juga ‘mencuit’ Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengenai kemungkinan ada rezeki menjadi perdana menteri.

“Tok Mat (Mohamad), kalau Tok Mat nak, tunggulah…” katanya diiringi ketawa.



Sementara itu Ahmad Zahid berkata, sekiranya Umno tidak memimpin kerajaan dia percaya bahawa banyak isu utama tidak akan dapat diperjuangkan.

“Bayangkan jika bukan Umno yang jadi perdana menteri, banyak usul yang dibawa dalam PAU, banyak perkara-perkara sensitif yang sepatutnya mendapat kelulusan daripad kerajaan, tak akan mereka lakukan.

“Kerana ianya datang daripada Umno khususnya daripada Wanita, Pemuda, Puteri atau pun usul dari bahagian-bahagian,” katanya. Mk

Jadi PM: Rezeki tak pernah salah alamat – Zahid




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]



Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker